Malam tadi ke Social Media Blogger Award 2012. Majlis diadakan di PWTC. Saya ke Majlis tersebut bersama dengan Anarm dan Pisyek. Jaws datang berasingan dan lambat sedikit kerana jalan memang sesak teruk. Kami duduk di meja yang di khaskan Untuk Denaihati.com.
Saya duduk semeja dengan pemenang Best Shopping Blog of the year, Kznabihah.com. Kalau nak tau, Kznabihah.com ni merupakan online boutique. Bermula pada tahun 2009 dan sekarang sudah ada tukang jahit sendiri. Beliau lepas ini merancang untuk menjual pakaian kanak-kanak pula.
Malam tadi sempatlah bertegur sapa dengan @MrKayMy, @Ariffshah, @Kruel74dan @altimet. Blogger-blogger lain saya tengok dari jauh je.
Tahniah kepada kawan-kawan blogger yang menang.
Ariffshah – Upcoming blogger of the year
Denaihati – Best of the best blog of the year
MrkayMy – Best Social Media Bussiness of the year, Best Social Media Icon of the year – International, Best CSR blog
Dan juga yang lain-lain ya, tahniah.
Platform Social Media Blogger Award ini amat sesuai untuk sesiapa yang ada bisnes, anugerah yang dimenangi sudah tentu menambahkan nilai kepada portfolio bisnes.
Kepada personal blogger pula, ia merupakan satu pengiktirafan terhadap kesungguhan anda berblogging.
Award ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Jadi kepada yang teringin untuk menang, jangan lupa untuk berusaha sungguh-sungguh ya. Pastikan anda yang naik ke pentas nanti.
wahhh, tahniah kepada denaihati
azri´s last [type] ..Ducati Dan Diesel Hasilkan Motosikal Teknologi Tinggi
itulah, bila lah pulak giliran azri.my nak naik pentas?
zuls´s last [type] ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
tahniah kepada blogger ariffshah dan denaihati
lin azlina´s last [type] ..Trafik Paling Tinggi Sepanjang Berblogging
tahun depan linn taknak cuba?
zuls´s last [type] .. Malaysia Social Media Blogger Award 2012
tahniah kepada semua pemenang..
zuan´s last [type] ..> Contest Teka Angka Shakiddo.com
mereka sesungguhnya memang layak. Good luck contest shakiddo tu..
zuls´s last [type] .. Malaysia Social Media Blogger Award 2012
wah..dpt jumpa blogger2 lain mesti seronok kan. Jumpa di alam sebenar…hehehe. tahniah kpd mereka semua.
kimmie´s last [type] ..Informasi: 20 top brand tahun 2011.
hehe. seronok gak lah.. especially bila pegi sana denaihati taja. makan free.
zuls´s last [type] ..Popup notification yang anda tidak suka di Gushcloud
bila lah ida nak naik pentas pulak :p
ida´s last [type] ..Ranking SBP untuk keputusan SPM 2011
InsyaAllah boleh, yang penting kena sungguh2..
. Cuba masuk tahun depan nanti. Banyak kategori jugak sebenarnya Blogger Award ni