Membeli Perabot di Cavenzi dan Careffour

Dalam hujung minggu lepas saya sibuk betul.  Kali ini bukan sibuk den­gan kerja, seba­liknya saya habiskan masa untuk bershop­ping per­abot with my wife. Mak­lum­lah baru pin­dah rumah. Bukan rumah sendiri tapi rumah sewa.

Antara yang kami cari ialah sofa, tilam, katil, dan meja komputer.

Banyak juga tem­pat yang kami sur­vey harga. Sebe­narnya hari Sabtu hari kami sur­vey harga sahaja. Balik rumah buat bud­get, dan hari Ahad baru pergi beli.

Saya tidak cerewet untuk mem­beli sofa, tilam dan katil. Tapi cukup cerewet kalau meja kom­puter. Dari dulu lagi begitu.

Untuk mem­beli sofa, saya pre­fer yang boleh bar­ing atas sofa, sesuai untuk take a nap. Katil saya tak suka yang mahal-mahal san­gat dan nam­pak mewah, suka yang sim­ple sahaja dan ren­dah tanpa kaki.  Tilam agak pent­ing mesti beli yang bagus rehat yang cukup, tilam yang saya ada sudah lama san­gat dan kurang kual­iti, selalu rasa letih bila ban­gun tidur.

Berke­naan den­gan design, saya ser­ahkan sepenuh­nya kepada wife (kecuali design meja komputer)

Spe­si­fikasi untuk meja kom­puter saya adalah seperti berikut.

  1. Bukan meja kecil yang muat satu kom­puter sahaja — meja kecil menye­babkan saya rasa terkongkong
  2. Mesti cukup ruang untuk kertas-kertas con­teng saya — yer, saya biasa men­con­teng sebelum menulis
  3. cukup ruang untuk saya letak alat­ulis — saya tak suka ber­pus­ing , mem­bongkok , berdiri untuk mengam­bil altulis
  4. Tidak menutup pan­dan­gan — entah men­gapa, kalau jenis yang ada rak kat atas, saya cepat rasa terkongkong, tapi kalau pan­dang dind­ing takde pulak terkongkong.
  5. Seboleh-bolehnya baha­gian bawah ter­tutup — eh pelik? tak taulah kenapa saya suka yang macam ni
  6. Meja terse­but tidak “sem­pit” boleh dua orang guna — senang untuk buat discussion
  7. Ala-ala meja ofis tapi tak mahu ter­lam­pau for­mal macam meja ofis — kalau sama macam meja ofis boleh ten­sion oo, rasa macam suasana kerja jer.

Selepas  melawat dua tiga kedai per­abot, akhirnya saya dapat meja yang saya cari den­gan harga yang berbaloi di car­ef­four ala­manda (RM88). My Wife pun minat juga design tu. Meja tu agak besar, berben­tuk L. Tak muat kereta Satria Neo, walaupun dah turunkan seat belakang. Jadi pihak car­ef­four han­tar ke rumah per­cuma.  Meja tu dah dapat semalam, saya belum pasang lagi meja tu. Tert­ing­gal allen key kat ofis.

Man­akala per­abot yang lain kami beli di cavenzi HQ bal­akong. Boleh tahan gak lah har­ganya, kebe­tu­lan ada sales. Per­abot akan dihan­tar selepas Chi­nese New Year , week­days.  Jad­ual deliv­ery untuk hari Sabtu dah full, kata wakil jualan di Cavenzi.

Tak sabar nak dapat per­abot tu.  Ni gam­bar sofa tu, tapi warna yang kami pilih lain­lah sikit. Harga pro­mosi pun lagi murah dari­pada tu — RM899

gam­bar sofa ni diam­bil dari http://cavenzi.com

Sorry semua dapat tun­juk gam­bar sofa je.  My wife ada ambil gam­bar guna hand­set hari tu. Tak sem­pat nak upload.

Ohh.. kami ke cavenzi atas saranan seo­rang kawan, katanya kalau nak pergi cavenzi pergi­lah yang kat HQ terus kat Bal­akong, dan pergi­lah waktu promosi.

——–

zulsef­fort — [1] Penat gak shop­ping per­abot ni [2] Kalau ten­gok offer boleh ram­bang mata, tapi kena buat kira-kira dan beli ikut bud­get yang ada.

20 Comments

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv Enabled