Minta maaf saya bukan blogger yang bagus

Saya bukan blogger yang bagus, jadi saya minta maaf banyak2 kepada kawan-kawan blogger yang lain.

Kenapa saya kata begini?

  1. Saya memang jarang update blog.. bukan kerana tiada masa, tapi kerana update blog memakan masa yang lama untuk saya.. nak pikir satu ayat pun bukan main susah.. salah saya juga.
  2. Saya jarang komen di blog anda. Bukan kerana saya tak suka. Banyak blog yang saya suka. Saya cuma tak pandai nak menutur kata.. kejap saya taip komen, rasa tak sesuai saya padam balik.. selalu macam tu
  3. Saya lambat jawab komen anda. Bukan kerana saya malas jawab, kerana fikiran saya kadang-kadang tidak begitu fokus.
  4. Saya banyak belajar pasal twitter dan buat duit twitter , kalau boleh semua nak saya kongsi kat sini, tapi saya ada masalah kalau nak menulis karangan. Ramai gak mintak wat tutorial. Sebenarnya dah ada draft, tapi tak sempat nak siapkan. Saya rasa sedih kerana belum dapat berkongsi dengan anda.

Actually saya tengah study pasal twitter, blog akan update bila saya ada mood.  Bila ada perkembangan menarik saya akan kongsi dengan anda.

Jadi jangan benci dengan saya tau. Saya still seorang yang baik hati walaupun saya bukan blogger yang bagus!

Jangan lupa follow saya di twitter  @zulseffort .. visit twitter landing page saya kalau nak tau lagi banyak :) . Saya follow balik kalau akaun twitter anda real. Jangan lupa hantar tweet kat saya tau..


17 thoughts on “Minta maaf saya bukan blogger yang bagus

  1. hehe pekata sblm bro tulis entry, bro list dulu point2 penting, then nnt senang skit nk tulis entry..hehe cam masa nak menulis essei bm spm dulu la.. list dulu isi2 penting, then baru karang essei :)

  2. Salam Bro.

    Tak pe, tak perlu minta maaf. Incik RestNrilekS faham. Urusan dunia offline dan online ni memang agak payah lebih2 lagi bila kita pun nak tumpukan kepada kerjaya (kalau yang target kerjaya la)

    Kayuh pelan-pelan mesti boleh punya. InsyaALLAH, err tapi kalau boleh jangan tak kemaskini langsung. Sebab Incik RestNrilekS suka datang ke sini dan bersantai rehat minda baca nukilan Incik Zuls. Incik RestNrilekS kalau lambat kemaskini blog takpa, sebab itu sudah dikira “trademark” Incik RestNrilekS. Ahaks, suka-suki aku je.

    Orait Bro, Selamat Hari Ahad.

    Pecah kaca kecai karang
    sudah baca, cepat2lah karang.. hehe
    Incik RestNrilekS´s last [type] ..Simplify My Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge