Sebelum saya masuk kepada cara dapatkan follower, saya akan cuba sampaikan secara ringkas berkenaan twiter follower ni. Jadi saya senaraikan beberapa persoalan yang pernah saya terima terlebih dahulu. Dan pada sesi akan datang saya akan ceritakan lagi berkenaan cara cari follower.
Penting ke follower yang banyak?
Penting untuk yang nak buat duit twitter atau marketing ikut twitter, follower twitter yang banyak memang penting. Kenapa? obviously kerana merekalah yang bakal menjadi pelanggan anda, menyokong promosi product anda dan menyokong blog anda. Follower twitter menjadi salah satu ukuran untuk mendapatkan duit melalui program-program pay pertweet. Ad.ly contohnya memerlukan anda mendapatkan 5000 follower untuk berada dalam market. Saya pun belum lagi berada in market ad.ly saya cuma dapat income dari referral yang telah pun ditutup programnya pada awal tahun ini.
Mungkin kurang penting bagi yang sekadar ingin berchatting di twitter. Sebenarnya terpulang kepada keperluan masing-masing.
Apa maknanya bila orang follow kita?
Apabila seseorang itu menjadi follower kita bermakna secara tidak langsung mereka subscribed (melanggan) tweet kita. Tweet yang kita tulis akan keluar di home stream twitter mereka. Tweet yang kita tulis boleh jadi dalam bentuk iklan, boleh jadi dalam bentuk perbualan, terpulang kepada kita. Kita juga boleh menghantar Direct Message kepada mereka.
Aku dah follow, Kenapa orang tu tak follow balik?
Satu yang ramai orang yang baru pakai twitter tak faham ialah tidak wajib untuk follow balik. Kalau dah follow pun bila-bila masa boleh unfollow.
Ada banyak sebab orang tak follow balik, mungkin sebab sikap mereka sendiri yang taknak follow balik. Mungkin sebab tweet kita sendiri yang tak menarik. Mungkin sebab kita sombong tak nak tegur orang yang kita follow. Mungkin sebab following/follower limit. Mungkin juga takda chemistry.
Mana lagi penting kuantiti atau kualiti?
Saya suka guna analogi kawan. Kalau kita ada kawan yang banyak tentu kita suka kan? Namun begitu adalah bagus kita mempunyai kawan yang rapat. Sama juga follower, follower yang berkualiti ni kawan rapat di twitter(walaupun kita tak kenal), manakala yang selainnya adalah kawan juga tetapi tidak serapat mana. Tapi still mereka ni kawan. Jangan bagitau saya kat dunia anda rapat dengan semua orang, dan atau anda cuma kenal beberapa orang jer. Anda ada duit satu guni, ada banyak duit syiling, ada RM50 ada RM1 ada juga duit nota RM100. Semuanya pentingkan?
Perlu ker kita follow ramai orang?
Bergantung kepada keperluan juga. Ada kelebihan follow ramai orang ni. Contohnya kalau ada kawan yang kita follow, tweet tak berhenti-henti, asyik nampak tweet dia jer. Kalau kita follow ramai orang, takdelah nampak tweet dia jer. Berwarna-warni sikit home stream twitter kita. Secara personal saya sendiri follow ramai orang dengan harapan orang akan follow kita. kenapa? Sebab kita bukannya celebrity, dan bukannya kita ni perdana menteri.
Follow to be followed?
Saya pernah juga beberapa kali mendapat soalan ni di twitter, bila orang tengok following lagi ramai dari follower. Bahkan saya pernah ditegur oleh seorang Internet Marketer tempatan berkenaan dengan hal ini. Old School katanya. Tapi bagi saya tiada salahnya dengan follow to be followed. Ramai juga yang tidak tahu yang follower kita tak boleh hantar Direct Message kepada orang yang tak follow. Bila saling memfollow maknanya kita boleh saling ber DM bila perlu.
Eh, macammana nak dapatkan banyak follower?
Sebenarnya saya dah bagi tips asas dalam post bertajuk 3 cara asas mendapatkan follower. Dalam post akan datang saya akan kongsi lagi beberapa cara. Sebenarnya ramai orang yang dah bagi tips ni. Kalau yang dah buat tip-tip follower atau yang berkaitan dengannya, bolehlah kongsikan juga dibahagian komen, saya linkkan nanti ke dalam blog post saya seterusnya.
Ada soalan? silakan..
betul. saya dah setengah tahun guna.
sekarang baru terasa sikit kepentingan twitter ni..
naimulfirdaus´s last [type] ..Menjadikannya Bermakna
elok tu, kalau dah terasa benefit twitter ni, teruskan membina network di twitter.
tips yg bagus untuk newbie twitter..
thankz for the info..:)
fiqri91´s last [type] ..TAG HEUER GRAND CARRERA CARBON LIMITED RM255
sama-sama
perkongsian yg bagus.. bende mcm ni aku suke.. ade seni gitu.. hehe
Anarm´s last [type] ..Muat Turun Kalendar 2011 Percuma
wah, terima kasih, akan kongsi lagi nanti
p/s yang ada seni tu aku edit h3 header …. tq , mudah gak mengedit css ni
Pingback: Tweets that mention Panduan #4 Soal Jawab Twitter Follower | Tip Twitter dan Buat Duit Twitter -- Topsy.com
hehe.. aku pun jenis yang follow orang secara massive gak.. dengan harapan orang akan follow balik.. hehe, lagipun yang aku follow tue semuanye blogger.. so, harap2 dapat promote blog gak at the same time..
cam ko kate, kalo aku pemes, takpelaa gak kan, duk diam jer bleh dapat ramai follower, kalo tak.. kenalaa usahakan.. hohohoho
samanosuke_04´s last [type] ..Profile Pic Kartun kat Facebook Sempena Kempen “Fight Child Abuse”
okey! thats the spirit!
teknik blogger follow twitter blogger tu memang mantap ..
biasanya follow blogger2.. senang sikit nak main tweet… sebab dah kenal ….
zik´s last [type] ..Cup cake bergerak!
hehe.. betul tu , elok buat list blogger juga
Twitter is my paberet… hahaha!
ST´s last [type] ..Madriva 20122 dilepaskan
samelah!
semakin ramai follower semakin hot pulak
aizuddin´s last [type] ..Chat Dengan Rakan Facebook Dengan Facebook Discovery
hehehe… apa yang hot tu?
aku suka bab Follow to be followed tu…ramai org pk bila kita follow ramai org kita wat salah…tp tak tahu maksud di sebaliknya…:)
Mohd Isa´s last [type] ..Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk Ditelan
biasalah tu, setiap perkara ada reason, ramai yang stick dengan diorang punya pendapat tanpa faham reaon orang lain