Terima kasih banyak-banyak kepada Denaihati Network dan Ultimate Brilliant Team kerana sudi jemput saya ke Seminar Denaihati sebagai untuk berkongsi modul berkenaan dengan Social Media.
Ini sebenarnya kali pertama saya berkongsi ilmu memberi tutorial dihadapan untuk bidang berkaitan dengan Social Media. Kali terakhir saya bercakap didepan untuk sesi ala-ala workshop macam ni rasanya pada tahun 2009. Sangat seronok berkongsi ilmu di Seminar Denaihati, kerana peserta-pesertanya pun sporting-sporting semuanya. Saya memang betul-betul enjoy. Sampaikan terlajak masa, itu pun tak habis cover lagi. Minta maaf banyak pada ariffshah, sebab beliau terpaksa mulakan lambat. Harap-harap apa yang saya kongsi memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Sebenarnya saya sendiri banyak belajar di seminar wordpress tu, terutamanya dari segi sekuriti wordpress, perkongsian bro eizil memang terbaik! Patutlah blog sebelum ni asyik kena deface.
Ariffshah punya talk pasal SEO tak sempat nak tengok sebab bantu kawan-kawan lain untuk program #JumpaDenaihati sebelah petang tu. Untunglah peserta #SeminarDenaihati hari pertama dah belajar wordpress, setup sampai jadi blog, hari kedua pula bro eizil dengan bro ariffshah pula yang kongsi skill mereka! Yang menarik lagi, bila founder Denaihati Network sendiri, bro Muhammad Ilham (nama pena) sendiri yang berkongsi ilmu.
Makanan di Hotel Singgahsana tu pun memang menyelerakan. Terima kasih juga bro denaihati sebab belanja makan malam tu ya.
Terima kasih juga kepada P1 Wimax , sebab internet hari tu memang laju. Boleh buat live demo.
Oh ya! Slide PowerPoint hari tu, saya dah bagi pada pihak penganjur, nanti semua orang akan dapat slide tu.
ilmu yang sgt bermanafaat buat blogger..insyaAllah kalo ada lagi pasni nak mengikuti jugak
lin azlina´s last [type] ..Seindah namanya "Cinta Sayang Golf & Country Resort"
elok join.. tunggukan sajalah nanti untuk sesi seminar akan datang
zuls´s last [type] ..USD22 Cashout Pertama dari GushCloud
Rasa rugi tak dapat join tapi nak buat camne ada banyak kekangan masa tu..
InsyaAllah di lain masa mana tau kan
Myra Jay´s last [type] ..Kemenangan Terindah – Menang Kamera Nikon D90
takpe. Tentu akan ada lagi tu kursus-kursus macam ni.
Apapun tahniah! memang hebat menang hadiah Nikon D90.
woah, jeles gak.. duk kat moscow takleh pi seminar2 camnie.. yang paling teringin sangat nak dengar adalah pasar seo ariffshah tue.. huhu
samanosuke_04´s last [type] ..Najwa Latif vs PascaSPM
saya pun tak sempat dengar SEO ariffshah hari tu. =) . Takpe maybe lepas ni bro denaihati akan buat lagi kursus-kursus macam ni. Jangan lupa join kalau ada rezeki dan kebetulan ada kat Malaysia.
zuls´s last [type] ..USD22 Cashout Pertama dari GushCloud
nampak begitu meriah sekali majlis ini. Semoga lain kali ada lagi.
kimmie´s last [type] ..Pekan Sari Di Temerloh
InsyaAllah, dengar ceritanya akan ada lagi program seumpama tu nanti
zuls´s last [type] ..Di manakah kuasa viral setiap platform social media ?
ok ape cikgu zul mengajo…akak baru nak tanya pasal manual kelas hari tu, sib baik dah sebut kat entry ni….apa pun terimakasih lah sudi ajo kami2 yang dah tua2 baru nak belajo…terbaekkkk…tahniah jugak sebab dapat memenangi gadget impian….alhamdulillah
terima kasih kak CT,
Manual tu ringkas sahaja. Nanti kalau dah dapat manual tu, dan ada soalan, boleh tanya direct di twitter. Bila saya online twitter, saya jawab soalan tu.
Apa pun akak memang sporting!
zuls´s last [type] ..Di manakah kuasa viral setiap platform social media ?
Apa bila kita ikhlas menyampaikan ilmu segala-galanya menjadi mudah. Tanniah kepada bro.
akubiomed´s last [type] ..Wordless Wednesday – #Now everyone can fly
terima kasih bro. Nampak bro waktu prgoram jumpa denaihati hari tu, tapi tak sempat nak tegur.
zuls´s last [type] ..Di manakah kuasa viral setiap platform social media ?
wah, teringin nak tahu jugak apa yang dikongsikan dalam program tersebut.. hehe,boleh tak agak-agak? :p
azri´s last [type] ..Samsung Galaxy S III Dilancarkan 3 Mei 2012
azri dah peringkat expert dah social media ni. Saya kongsi practical utk basic twitter, facebook pages, twitterfeed, dan sedikit program buat duit dengan social media
Bro Eizil kongsi pasal security. Ariffshah pula kongsi pasal SEO.
NizamPower kongsi pasal setup wordpress.
zuls´s last [type] ..Di manakah kuasa viral setiap platform social media ?
Memang seronok , segan nak jumpa zul pd hari tu
puanbee´s last [type] ..Hilangkan sengugut dengan halia