Pengiklanan Twitter – Kenapa Tak Dapat Job? Jawapan dan Cadangan

Ada yang tanya saya di twitter, kenapa makin ramai follower tapi lama tak dapat assignment. Mungkin yang dimaksudkan ialah dari ChurpChurp.

Jawapan saya

Saya akan tulis pendek sahaja.

Ada dua tiga kemungkinan yang menyebabkan job takde.

1. Penawaran dan permintaan

Waktu awal-awal join mana-mana program buat duit dengan twitter, memanglah banyak yang kita dapat. Sebab apa? Sebab advertiser ramai, dan publisher kurang. Sekarang ni bila dah ramai publisher terpaksa lah berkongsi dengan orang lain.

2. Berbaloi atau tidak

Advertiser ada budget, apa yang penting bagi advertiser ni ialah samaada berbaloi atau tidak. Adakah berbaloi advertise dengan akaun kita atau pun elok cari akaun orang lain. Sebut pasal berbaloi ianya berkaitan dengan samaada kita influential atau tidak pada pandangan mereka. Bagi advertiser berbudget kecil, biasanya mementingkan cost per click.

3.  Engagement dan Target

Sesetengah advertiser terutamanya yang mengiklan melalui pay per view atau pay per million follower biasanya mementingkan targeted follower dalam niche tertentu, dan sudah tentu publisher mesti mempunyai pengaruh atau influence dalam bidang tersebut. Kalau tak, click ke website mereka kurang bermakna.

 

Cadangan Saya

1. Program pay per click dan link sharing

Jika dalam program pay perview kita tak dapat banyak , apa kata cuba pay perclick  dan link sharing. Kita dibayar pada jumlah tertentu bila ada orang click pada iklan cost per click , lebih kurang sama juga dengan link sharing. Dua  program yang saya cadangkan ialah sponsoredtweets (CPC) dan adfly (link sharing). Kalau nak pay pertweet juga, boleh juga cuba ad.ly untuk follower lebih 5000 orang [ update 25000 orang].

 

2. Trafik ke blog

Manfaatkan  juga jumlah kawan twitter yang ramai untuk menarik mereka ke blog dan buat duit dengan blog dengan lebih rancak.

3. Affiliate

Saya cadangkan juga sertai program affiliate. Promotelah sekali sekala sesuai dengan bidang atau niche. Jangan terlalu banyak promote nanti orang tak layan.

4. Tinggikan influence

Follower banyak tidak melambangkan influence, yang penting ialah influence. Sekali sekala cuba check score seperti di klout.com. Biasanya , mengikut pengalaman saya  , untuk buat duit melalui pengiklanan twitter, klout score seelok-eloknya 42 dan keatas.

5. Portfolio

Kalau anda serius untuk buat duit twitter, apa kata anda buat portfolio, bukti pendapatan, rekod jumlah click untuk satu tweet simpan elok-elok dan boleh juga buat page khas berkenaan perkara ini.  Jumlah retweet dan sebagainya lagi. Rekodkan untuk menunjukkan influence anda. Saya juga dalam proses mengumpul data untuk dibuat portfolio.

nota tambahan: walaupun pertanyaaan mungkin terhadap churpchurp. Jawapan yang saya kongsi adalah secara general untuk semua pengiklanan twitter yang lain.


30 thoughts on “Pengiklanan Twitter – Kenapa Tak Dapat Job? Jawapan dan Cadangan

    • salah satu caranya kena banyak interaksi – faktor lain ialah follower growth, berapa ramai retweet, twitter list dan banyak lagi..

      salah satu tips penting, berinteraksi dengan sesiapa yang mempunyai influence tinggi.. :)

  1. Pingback: Tweets that mention Pengiklanan Twitter – Kenapa Tak Dapat Job? Jawapan dan Cadangan | ZULSEFFORT.COM - Edisi Duit Twitter -- Topsy.com

    • bro ada skill developer, kalau developer, develop application jauh lagi menguntungkan. I wish I have the web programming, php, etc skill too. Slowly learning.

      p/s kalau nak test join jomlah bro! :D

  2. Pingback: Offer Duit Twitter Wanmus dan Portfolio Twitter | Edisi Duit Twitter

  3. Pingback: Potensi Twitter Bukan Sekadar Duit Twitter | Denaihati

  4. Pingback: ChurpChurp kini dengan Social Sharing | Edisi Duit Twitter

  5. Dulu follower sikit, byk dpt job….skrg lama x dpt job bila dah ramai follower….tp sempatlah cashout sekali…..last 3 job yg dpt pulak x approve….adoi

  6. Pingback: SponsoredTweets Terkini Mei 2011 | Zulseffort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge