Pernahkah anda audit masa online anda?

Satu persoalan yang agak penting sebenarnya,

pernahkah anda audit masa online anda?

Saya pernah, pertengahan tahun lepas. Tahun ni belum lagi. Tapi disebabkan pernah buat audit masa, jadi macam dah boleh agak apa saya punya ultimate online time waster.

Pada tahun lepas online time waster saya ialah bermain catur online secara realtime. Dalam sehari saya boleh main sehingga 30 blitz game (  5 – 10 minit satu game).

Bermain catur online, mungkin bagus pada waktu dulu ketika saya aktif bermain catur, tetapi tidak pada tahun lepas dan tidak sekarang. Saya tidak bermain di tournament lagi kerana fokus kepada perkara lain yang lagi penting.

Audit Masa Online

Kalau dulu-dulu saya buat audit masa secara general. Namun begitu sekarang ini nak taknak, mesti buat audit masa khas untuk waktu online. Ini kerana, saya akui memang tak boleh lari dari internet. Informasi berkenaan teknologi, programming dan lain-lain lagi senang diperolehi.

Tapi masalahnya di internet ni, kalau cari informasi pun boleh ke lain lagi.

Contoh mudah:

Konon nak cari informasi, mula-mula search kat google, tak jumpa. Tanya kat twitter lah cepat sikit, Eh ternampak kawan tweet blog post baru, menarik ni! Layan blog post dulu, lepas layan blog post, layan komen pula dan seterusnya. Sedar-sedar masa dah banyak habis, info tak dapat-dapat.

Pernah tak kena macam contoh mudah tu, nak buat kerja, atau cari info , tapi melencong kemana-mana ntah, berjam-jam pulak tu?

Kalau pernah kena macam tu, meamng kena buat audit masa.

Bagaimana nak buat audit masa online?

  1. Senaraikan website/aplikasi internet yang kita guna pada hari/minggu/bulan ini.
  2. Catit masa berapa banyak masa dihabiskan untuk satu-satu website/aplikasi.
  3. Jangan lupa labelkan samaada aplikasi yang kita pakai tu memberi manfaat atau tidak. Kalau memberi manfaat takpelah nak habiskan masa banyak pun.

nota: Jangan fikir kat kepala jer, tapi mesti tulis. Baru dapat rasa kesannya.  Buatlah satu table kalau nak mudah.

Orait itu sahaja.  Kalau anda dah buat, saya nak tanya apa ultimate online timewaster anda?

Saya?  TRAVIAN dan saya baru closed satu akaun

nota: ramai kawan-kawan dan sedare ajak saya join facebook balik, sebenarnya saya bosan nak berfacebook, dan saya fikir tak berbaloi untuk tambahkan satu lagi online time waster.


12 thoughts on “Pernahkah anda audit masa online anda?

  1. Salam Zuls,

    Tersengih aku bila lihat tentang Travian. Ada juga join, tapi tak la heavy. Rasanya dah terkubur pun account tu.

    Sekarang ni online waste aku banyak habis kat akaun “STEAM” – tuu nak kena kurang sket. Twitter, blog dan social media boleh kawal, portfolio game aku dalam steam tuu yang mencabar. Hehe

    Selamat Hari Yang Baik Zul untuk minggu ni : )
    Incik RestNrilekS´s last [type] ..Just Rattan Design- Doodle and Moleskine Sketch

    • Salam Rizal,

      Hehe.. bagi aku travian memang addictive, tapi macam biasa lepas buat audit masa, terus berjaya kurangkan masa online travian, online juga tapi berjadual, dan closed account yang tak sempat nak layan.

      Kalau ada STEAM lagilah.. aku tak register kat sana. Taknak terjebak lebih jauh.

    • hehe… memang betul tu, itu semua sebab ketagihan tapi ramai tak ngaku. Tahun ni saja pun banyak away dari internet especially hujung minggu.

      Strange but its true, bila kita dapat manage kita punya addictiveness kita jadi lebih produktif.

      Passionate dan addicted bukan perkara yang sama walaupun hampir sama!

  2. HAHA!!! sama laa cam aku.. aku pun jenis yang takleh focus kat internet.. niat awal2 nak carik idea nak tulis post.. last2 tak ingat dunia blogwalking haha… pastue bila dah letih.. mesti aku cakap “esok rrrrr tulis blog!!” haha!
    samanosuke_04´s last [type] ..The Road not Taken

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge