Potensi Sastera Dalam Diri

Bila saya melawat blog-blog ada pelbagai gaya bahasa yang saya jumpa, ada yang sangat sempoi dan bersahaja, ada yang berbentuk fact and figures, ada yang gaya penulisan nya dalam gaya yang fun dan ada juga yang agak keras gaya penulisannya. Namun begitu ada satu gaya penulisan yang sangat suka saya baca. Iaitu ada elemen sastera, gaya bahasa yang cantik dan elemen falsafah yang melibatkan hati. seperti dalam blog abgreds dan kak jie .  Saya bukan orang sastera. Saya main dengan komputer, litar elektronik, dan perkara teknikal. Hati saya tidak halus, kekuatan budi apatah lagi. Namun , mungkin disebabkan ada keinginan ke arah itu kadang-kadang timbul komen-komen dan tulisan saya yang cenderung ke arah itu. Anehnya timbulnya bukan pula dipaksa-paksa, lebih bercorak reaktif dan datangnya tersangat jarang. Itu saya, bagaimana dengan anda?

Salah satu komen saya disalah satu entri  di blog ini :

Facebook?

Boss , rakan sekerja pun ada
Berkongsi gambar aktiviti segala

Ahli keluarga dan kawan lama
Kongsi berita duka gembira

Peluang bisnes pun nampak dimata
E-book berfacebook sudah dibaca

Asal FB hanyalah media
Medan bersua berkongsi idea

Taksub dengan bebasnya suara
Itulah barat dengan ideanya

Hate group banyak tidak mengapa
Privasi longgar bukan isunya

Sedang hamba orang biasa
Benci rasa Rasul dihina

Ampun maaf pohonan hamba
Andai hati diguris rasa

Tulisan hamba, tulisan biasa
Tulisan hamba, meluah rasa

Telah ditulis secara spontan, rasa sampai maksud walaupun taklah cantik mana gaya bahasanya. Ada potensi sastera tak agaknya? Bagaimana pula dengan anda?

Recent Related Posts

9 thoughts on “Potensi Sastera Dalam Diri

  1. Blog kakjie memang sempoi penulisan dia. macam ade tarikkan je. sebab itu, gaya penulisan melambangkan seorang blogger. pembaca satu2 blog boleh kenal sama ada tulisan tu owner blog atau tidak :)

  2. Salam Ramadhan Bro.

    Betul tu, gaya-gaya bahasa di blog ada macam-macam gaya, seperti orang juga di luar sana.

    Tahniah, chantek tu penulisan yang dibuat. Ringkas, tapi sebenarnya bukan mudah nak buat. Kalau hang zuls boleh ngarang secara bersahaja, Tahniah dan bagus la, Mungkin ‘hidden talent’ yang tidak nampak sebelum ni.

    : )

    Selamat Hari Minggu dan Hari yang Baik-baik
    Incik RestNrilekS´s last [type] ..It is not bad to slow things down –

  3. bahasa lahir dari pembacaan..

    dan kita cuba menulis.. bila kita puas, belum tentu orang lain puas juga.. menulis dengan jujur dan ikhlas, baru orang nampak ‘hati’ kita bila membaca.. XD

    aku bidang kejuruteraan, tak pernah pun ambil sastera, tapi minat membaca.. tak malu aku cakap aku baca novel cinta.. huhu…
    menteil´s last [type] ..Aku Rindu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge