Bukan Buat ‘Real’ Bisnes
Apabila saya hantar email kepada kawan-kawan lama. Biasanya saya sertakan sekali dengan link ke blog ini dan juga ke twitter. Ini merupakan satu cara yang berkesan untuk mempromosi blog dan juga twitter. Tapi kawan-kawan ramai yang tak join twitter pun. Biasanya diorang masuk ke blog dan tertanya-tanya, apa lah yang si Zul ni buat.
Ada yang tanya, ” Zul, mu buat bisnes internet lo ni? Banyok masuk income?“
Nak cerita panjang saya tak tau nak explain, saya iakan saje. Hehe.. sori kawan. Nak cerita macam kompleks sangat rasanya. Nak kena buat blog post .
Yang sebenarnya……….
Saya buat duit tanpa modal di twitter. Bukan bisnes melalui internet, tetapi menyertai program-program buat duit. Twitter saya guna sebagai medium utama. Saya tak jual apa-apa produk, saya cuma gunakan akaun twitter saya untuk buat sedikit duit poket. Itu sahaja.
Habis tu apa bezanya? Bukan ke dua-dua dapat duit?
Senang sahaja, kalau saya ada menjual budu di twitter contohnya, itu namanya saya guna twitter untuk berbisnes, untuk cari pelanggan. Mungkin juga saya ambil perkhdmatan advertising , saya dibayar untuk handle akaun twitter anda atau untuk jadikan anda popular di twitter, itu namanya bisnes. Ada perkhidmatan atau/dan ada produk!
Apa yang saya buat sekarang ialah saya menyertai program-program pengiklanan third party di twitter. Saya sertai tanpa memerlukan modal. Saya dibayar untuk setiap iklan. Saya kena patuh pada rules and regulation syarikat. Dapat atau tidak dapat job bukan dalam kawalan saya sepenuhnya. Saya cuma boleh berusaha untuk menambah kebarangkalian untuk dapat job ataupun untuk maksimumkan pendapatan.
Saya tak pandai nak cerita panjang pasal bisnes internet, kalau nak tau cerita pasal bisnes internet (dan apa bezanya dengan program buat duit). Boleh belajar dengan sifu saya rajakamil secara percuma sahaja, cuma masukkan email dan terima email-email tutorial dari beliau.
Program buat duit twitter. Berbaloi?
Terus terang saya katakan, ianya tak semewah buat real bisnes, tetapi kalau anda kaki twitter, dan nak buat benda sambil suka-suka saya memang fully rekomen anda join program-program pengiklanan twitter.
Disebabkan saya banyak sertai program buat duit di twitter, maka dalam blog ini saya kongsikan tip-tip berkaitan buat duit twitter. Walaupun ini bukannya real bisnes tetapi Alhamdulillah - domain-domain dan hosting saya setakat ini ‘ditaja’ oleh program-program ini.
Dengan menyertai program-program buat duit twitter ni juga banyak ilmu yang saya pelajari. Sudah tentu ilmu ini akan digunapakai bila kami ( me and wife) nak buat bisnes melalui internet nanti. Ada juga 2,3 ebook yang saya beli hasil daripada duit twitter. Melabur pada diri sendiri kata orang.
Apa yang saya perasan, kalau sertai program buat duit ni , bila kita betul-betul expert dalam program-program tersebut, baru ada banyak income. Contohnya macam orang-orang yang hebat bermain adsense, paling kurang tiap-tiap bulan boleh dapat check. Di twitter ni walau macammana pun lain sikit, nak kena influnce tinggi baru banyak income masyuk. Untung la siapa-siapa yang popular!
…….
…………..
Okay ye kawan-kawan , dah saya jelaskan, saya bukan nya buat bisnes internet, tapi saya buat duit percuma. Jangan lupa subscribe blog ni untuk update berkaitan dengan buat duit twitter dan mungkin juga tip bisnes bila kami mula buat bisnes nanti

bagi aku, semua benda buat duit adalah perniagaan..
kan 9/10 itu datangnya dari perniagaan..
maka byk cabang perniagaan ni..
hehe..
de palma ke amir kita malam ni?
kalo de palma leh usya awek..
jaws´s last [type] ..6 Tips Buat Duit Dengan Nuffnang
owhh.. satu pandangan yang menarik. Aku pun ada pandangan yang macam ni. Tapi aku fikir2 balik, elok diasingkan istilah supaya lagi senang faham
.
mana-mana pun okay. Asalkan ada internet free. Eh bukan de palma ada problem wifi ke?
tulaa..wifi probs laa plak de palma ,,
melepas aku..
jaws´s last [type] ..6 Tips Buat Duit Dengan Nuffnang
sememangnya buat duit dari twitter lagi releks..tak serabut kpala hehe
x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
ye sememangnya betul, tak serabut kepala.. sambil release tension tweeting sambil dapat duit , sambil dapat trafik ke blog
baru nk berjinak.. mekasih atas tunjuk ajar..
Anarm´s last [type] ..Jom buat duit dengan ChurpChurpcom
sama-sama bertatih, sama-sama berjalan, sama-sama berlari
Pingback: Tweets that mention Program Buat Twitter Duit Bukan Bisnes Internet ya! | zulseffort.com -- Topsy.com
wah..baru je join… tak berapa sangat dapat nie… masih kosong ..hehe
zik´s last [type] ..Sms kreatif ramadhan
takpe, kalau ada rezeki tak kemana tu
zuls´s last [type] ..Program Buat Duit Twitter Bukan Bisnes Internet ya!