Muhasabah : Ramadhan dan Pengurusan Masa

Ramadhan dan Pengurusan Masa

Perancangan masa adalah sangat penting, tambahan pula di bulan Ramadhan yang akan datang ini.

Perancangan masa di bulan Ramadhan sedikit berbeza dengan bulan-bulan lain. Ini kerana , pada bulan Ramadhan:

  1. Kita biasa bangun awal untuk sahur , bermakna sudah bertambah masa yang kita ada untuk apa-apa aktiviti. Waktu sebelum dan selepas subuh sesuai untuk berbuat ibadah dan juga sesuai untuk menyiapkan kerja yang memerlukan ketenangan.
  2. Kita tidak makan pagi, tengahari dan petang , waktu untuk keluar makan juga sudah tiada, jadi kita ada masa lebih pada tengahari untuk beribadah dan untuk bekerja. Kita sudah jimat lebih kurang 3 jam disitu.
  3. Pada waktu malam, waktu selepas Isyak dihabiskan dengan terawih. Jadi bagi sesiapa yang suka bekerja malam, memang kurang sikitlah waktunya.
  4. Bagi yang ingin berjaga malam untuk qiamullail, mesti bangun awal juga sebelum sahur lagi.

Apabila seorang rakan bagitau yang beliau akan siap lagi banyak kerja pada Ramadhan, saya bersetuju. Ini kerana jika diperhatikan, kita mempunyai banyak masa untuk diisi pada sebelah siang daripada selepas subuh hinggalah selepas asar, untuk tujuan kerja dan urusan-urusan lain, manakala pada sebelah malam kita mempunyai masa yang agak singkat untuk urusan-urusan tersebut dan sibuk dengan ibadat terutamanya tarawih.

Bagi sesiapa yang bijak menggunakan masa, bulan Ramadhan boleh menjadi bulan yang betul-betul produktif untuk urusan dunia dan untuk urusan akhirat. Manakala bagi yang tidak pandai menyesuaikan dengan perubahan ini agak rugi. Tambahan pula bagi yang terkena perangkap-perangkap masa di bulan Ramadhan.

Perangkap-perangkap masa di bulan Ramadhan

Antara perangkap-perangkap yang pada pendapat saya rasa sering berlaku ialah:

  1. Tidur selepas subuh
  2. Menghabiskan masa dengan perkara melalaikan di siang hari
  3. Tidur berlebihan di siang hari
  4. Lewat tidur malam untuk bersahur awal kerana risau tidak dapat bangun sahur padahal yang digalakkan ialah melewat-lewatkan sahur.

Rugilah kalau kita terperangkap dengan sikap buruk yang mensia-siakan masa kita di bulan Ramadhan. Saya pada Ramadhan yang lepas banyak mensia-sikan waktu, harap-harap Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Kita boleh boleh buat checklist untuk penggunaan masa untuk Ramadhan ini sekarang juga.

Zulseffort.com mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


8 thoughts on “Muhasabah : Ramadhan dan Pengurusan Masa

  1. Pingback: Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge