Reason Kenapa Make Money Site Mesti di Rahsiakan

Salah satu tips daripada internet marketer ialah untuk merahsiakan Money Site. Saya baru lepas terkena, bukan money site sangat pun cuma blog cabuk Make Money With Adfly yang saya buat sebagai projek perkongsian percuma.

Tulisan-tulisan dalam blog tersebut adalah hasil pengalaman dan beberapa siri eksperimen yang betul-betul dibuat walaupun sebenarnya tidak lah mempunyai data yang cukup untuk ditunjukkan kerana kemalasan saya sendiri untuk merekodkan dan mendiskusikan kesemua itu.

Saya boleh rahsiakan blog saya tersebut daripada rakan blogger Malaysia, bukan susah pun. Tapi saya fikir lebih baik dikongsi tips dan idea untuk sama-sama kita menjana pendapatan. Namun begitu sayangnya blog tersebut ditiru oleh player adfly tempatan lain tanpa memberi sedikit kredit pun.

Apabila terfikir begitu, nasib baiklah ada blog yang saya buat tidak saya dedahkan kepada umum, cuma target trafik daripada search engine semata-mata.  Kalau tidak tentu ada orang yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan kaedah copy paste.

Blog make money with adfly tersebut, adalah berdasarkan eksperimen, bahkan sesetengah teknik setahu saya tidak pernah didedahkan oleh mana-mana internet marketer sewaktu post tersebut ditulis. Saya boleh tulis ebook dan jual, tetapi saya tidak berbuat begitu kerana saya rasa ingin bagi percuma sahaja. Anda boleh meniru teknik-teknik yang digunakan dalam blog tersebut tanpa perlu membayar apa-apa pun. Anda juga tidak wajib signup melalui referral link saya. Ianya bergantung kepada anda.

Cuma satu kalau ada copy paste atau menulis kembali idea dari blog saya tu, bagilah credit. Penat saya buat ekperimen tu.

Dah melalut ke situ rupanya, tapi itulah, ini adalah satu bukti jelas kenapa sesetengah blog mesti dirahsiakan.

Inilah blog cabuk saya tu: Make Money With Adfly

p.s Jangan tanya saya berapa banyak saya dapat dari adfly. Saya tak akan jawab soalan tersebut. Yang pasti saya test sendiri teknik sebelum saya letak tips dalam blog tersebut. Anda boleh earn tinggi atau rendah bergantung kepada usaha anda mendapatkan trafik ke blog anda.


10 thoughts on “Reason Kenapa Make Money Site Mesti di Rahsiakan

    • sebenarnya bukan setakat isu copy paste, banyak lagi isu lain yang sebabkan mereka rahsiakan blog. Blog dan niche adalah secret of the trade, tidak boleh didedahkan begitu sahaja

  1. Pingback: Google Alert dan Faedah Terhadap SEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge