Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari Zulseffort.com

Dulu waktu saya baru buat blog, dan menjadikan twitter sebagai niche utama saya, ramai yang minta tips itu dan ini. Mereka mahukan lagi banyak tips yang mantap.

Saya mahu lagi banyak tips dari Zulseffort - kata mereka.

Ada yang mahukan tips duit twitter, ada juga yang nak tips cara-cara guna twitter dengan berkesan,ada yang tanya kaedah marketing. Malulah juga saya untuk menulis tips-tips tersebut. Bukan apa, saya ni bukan terer menulis. Kalau saya sendiri tak puas hati dengan gaya penulisan, dengan ayat yang saya pakai, saya memang tak publish. Saya personally tak kesah sangat pasal typo. Janji isi penting saya sampai. Kalauler penulis sendiri tak faham apa yang dia tulis. Parah tuuuu.  Pernah kena tegur ngan dua orang kawan baik, pasal tulisan saya terlampau kompleks nak difahami.

Orang minta tips ni pun macam-macam perangai tau.

  1. Ada yang style, tak tau apa yang dia nak. Bila ditanya nak tau apa. Katanya nak tau semua. Kalau nak tau semua, berhari-hari tak habis, cik Kak dan Cik Abang oooooii.  Kalau dia tak tau apa yang dia nak,  macammana nak tolong, kan?
  2. Ada juga yang style nak menguji, mereka tanya saya macammana dapat follower twitter, kita dah bagi tips, tapi diperlekehkan pula bila tau saya main kaedah bodoh follow to be followed. Saya buat tak layan je.
  3. Ada juga yang tanya bersyarat. Main twitter pun tak tau lagi, tapi dah tanya, macammana nak buat duit twitter. Bila dibagitau, “first nak kena tau pasal twitter“, dibalas balik.  ”Aku tak nak tau pasal twitter, nak tau pasal buat duit twitter je. Haha..  pening den dibuatnya.
  4. Ada juga jenis yang tak tau nak hargai, bila kita bagi info mantap, tip dan trick. Dia ingat itu perkara biasa yang boleh dibaca dimana-mana.Eh ini sajer ke? ” tanya mereka.
  5. Kadang-kadang bila kita bagi tips orang ingat kita paling pandai, padahal kita takdelah pandai mana. Pernah minta tips dekat mat saleh kat twitter pasal nak naikkan influence di twitter. Tiba-tiba ada orang tanya, “eh,  minta tips juga?”

Mana Tips nya?

mana dia tip, tip ada dalam draft,,

Sebut pasal tips, bukannya tak nak bagi tips, tapi memang jenis yang kayu kalau bab-bab menulis ni. Mungkin mudah bagi anda, tapi bukan saya. Apa yang saya tulis kat sini, kadang-kadang nak tulis banyak, tetapi, sedikit jer dapat bagi. Macam cakap tadilah, bukan tak nak bagi tapi penulis sendiri pening dengan tulisannya.

Bagaimanapun jangan risau, pemilik zulseffort.com ni agak rajin, kalau tak dapat nak kongsi info buat duit twitter kat sini, ada juga tulis di blog lain. MoneyTweet.Info ada diceritakan sedikit sebanyak info yang mungkin berguna bagi sesiapa yang mahu. Blog tak cantik, tapi isinya ada – bagi yang main duit twitterlah. Kadang-kadang tak boleh nak menulis dalam BM ni,  tulislah dalam BI kat blog tu. Jadi kalau nak info rujuklah blog tu juga.

Saya memang lambat bab-bab menulis ni. Kadang-kadang frust juga. Tapi bila sekali dapat tulis tip, fuuuhhh, memang puas hati! Dapat menulis dengan baik merupakan satu kepuasan.

Kalau anda kata, anda nak lagi banyak tips dari Zulseffort.com, bukan anda saja, saya sendiri pun mahu lagi banyak tips di Zulseffort.com ni.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


10 thoughts on “Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari Zulseffort.com

  1. yang jenis menguji tue laa yang kurang asam jawa sket.. saje jer nak troll bila nampak tips yang kte bagi tue noob.. haha, bagi aku, share jer apa yang tahu, pastue feedback buruk tue kita amik iktibar.. haha

    tapi skang nie manjang jerr orang bagi feedback buruk.. h aha
    samanosuke_04´s last [type] ..5 Pengajaran Cool Hari Ini…

  2. mantap entri ni.. point2 tu memang berisi.. ramai yg tak nyempat2, nk belajar yg advanced terus.. yg basic langsung tak tau ape.. susah nk ngajar org camtu.. jenis gelojoh.. semua nk cepat je.. yg perlekeh tu pon lagi satu hal.. memang buang masa kalo layan..
    Anarm´s last [type] ..Kecewa dengan Maxis Broadband

  3. Pingback: [iPad MySuperKids] 101 Artikel Sudah Cukup?

  4. Pingback: [iPad MySuperKids] Cabaran Bermula – Semak Nama Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge