Apa ada dengan HIDUP SEORANG BLOGGER ? Sama ke sebenarnya dengan orang yang tak tulis blog, cool ke hidup seorang blogger ni? Ini adalah antara beberapa persoalan yang bermain difikiran ketika mula-mula terlihat tajuk Hidup Seorang Blogger. Tajuk ringkas yang memberi makna yang besar. Tentu kawan-kawan blogger yang lain telah menulis banyak kisah hidup seorang blogger ni. Saya takde idea untuk menulis. Ah! takde idea untuk menulis juga merupakan salah satu dari rutin HIDUP SEORANG BLOGGER. Tersenyum bila ada idea, bila takde idea bukan main gelisah bukan main.
Bercakap pasal kehidupan memang agak berat, jadi saya tak mau cakap pasal kehidupan sangat. Apa kata kita tengok beberapa point sahaja berkaitan dengan blogger dan hidup ni.
- Blogger tiada kehidupan - Hidup seorang blogger? Tetapi ada juga yang kata blogger ni takde life. “Get a life ” , kata mereka yang tak faham. Asyik mengadap komputer jer, nampak macam takde kerja lain. Ini kata mereka yang tak faham. Mereka mungkin ingat yang hidup seorang blogger ni memanjang jer menulis blog. Bukan macam tu sebenarnya,sebenarnya blogger ni macam orang lain juga cuma masa lapangnya diisi dengan blogging. Itu sahaja.
- Blogger mencatit diari hidup – Kalau ada kawan-kawan yang kata blogger ni takde life. baca blog Ceera , blog Kakjie, Blog denaihati dan lain-lain lagi yang mencatit sebahagian dari kehidupan mereka diblog. Tidak semua dicatit, cuma sebahagian. Biar mereka tau yang hidup seorang blogger itu memang banyak yang menarik. Kalau dah mencatit aktiviti kehidupan di blog, takkanlah blogger ni takde life pulak!
- Blogging peduli hidup sekeliling – Blogger bukan menulis hidup sendiri saja tau, penulisan mereka termasuk pasal kehidupan sekeliling juga. Kawan saya wanmus kata, blogger yang berjaya ni mesti busybody. Hehe. Post yang bagus wanmus! Sangat betul, kadang-kadang sesetengah berita belum sempat keluar kat TV, blogger terlebih dahulu dah tulis. Namun begitu, blogger kena hati-hati dalam menulis, kadang-kadang niat suci untuk menegur boleh mengguris perasaan orang lain.
- Blogging boleh menggangu kehidupan – kata-kata yang ada benarnya, blogging boleh juga menggangu kehidupan kalau dah terlampau addictive. Asyik-asyik nak tengok blog. Adakah anda blogger seperti ini, menulis blog hingga lupa pelajaran atau lupa tanggungjawab kepada keluarga?Kalau ada anda kena mengawalnya. Mungkin anda boleh termasuk dalam golongan blogger yang takde life nanti.
- Blogger lari sekejap dari tekanan hidup – Pernah terbaca pasal satu kajian pasal blogging dalam awal tahun lepas, lupa kat mana. Katanya dengan berblog dapat meredakan tekanan hidup. Berkongsi cerita dengan blogger dan pelawat blog adalah satu cara yang berkesan untuk meredakan tekanan perasaan.Meluahkan rasa melalui penulisan. Bila tekanan reda, kehidupan akan jadi lebih bermakna dan produktif.
- Blogger menyara hidup dengan blogging – Sudah ramai yang tahu pasal ni, dan mungkin salah satu faktor kenapa makin ramai menulis blog. Setiap blog biasanya ada iklan kan? Itu adalah salah satu cara berblog. Oh saya bukan orang yang paling layak untuk cerita pasal duit blogging ni. Apa kata anda jenguk post Kerjaya Sebagai Seorang Blogger dari bro Ijad. Redmummy contohnya siap kena income tax sebab dapat banyak income dari blogging. Banyak lagi blog lain yang menghasilkan pendapatan lumayan, perlu buat entri khas untuk menyenaraikan blog-blog tersebut.
- Hidup blogger suka berkongsi – Saya jenis yang banyak kawan, saya suka belajar benda-benda baru. Dalam banyak kawan-kawan ada dua golongan yang suka berkongsi, peniaga dan juga blogger. Saya rasa kehidupan blogger yang suka berkongsi ilmu menyebabkan saya betul-betul tertarik dengan dunia blogging. Geng-geng blogger ni berkongsi tanpa syarat tau.
Okay itulah perihal hidup seorang blogger yang dapat saya kongsikan dengan anda semua para pembaca. Apa kata anda tentang hidup seorang blogger ni?
Ah lupa nak masukkan satu lagi ayat penting. Hidup seorang blogger memerlukan Internet Connection yang bagus. Saya sepatutnya post entri ini pada pukul 8 malam tadi. Tetapi baru sekarang saya berjaya mendapat line internet yang agak clear.
—-
note: ini adalah post wajib pertama untuk contest Hidup Seorang Blogger anjuran denaihati