ChurpChurp Program Buat Duit Twitter Paling Senang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau anda dah biasa dengan twitter anda tentu tau yang twitter ni memang addictive dan sungguh seronok. Ada yang tak boleh tinggal tweet, sekejap-sekejap nak tweet.  Nak bagitau makan apa, minum apa , share blog post dan macam-macam lagi. Ada yang bertweet suka-suka dan ada yang macam saya dan beberapa orang kawan , sambil suka-suka sambil dapat duit. Ibarat dibayar untuk having fun.

Nak buat duit twitter banyak caranya. Dalam banyak-banyak cara untuk buat duit twitter, buat duit melalui pengiklanan merupakan salah satu cara  yang paling popular. Manakala dalam banyak-banyak syarikat pengiklanan , ChurpChurp adalah program buat duit twitter yang paling senang.

Dapat jer RM100 terus boleh cashout. Dapat jer RM100 terus cashout. Boleh juga kumpul kalau taknak cashout dulu.

ChurpChurp merupakan program buat duit twitter yang paling senang. Ni kira cakap dari pengalaman saya join pelbagai program buat duit twitter seperti be-a-magpie, sponsoredtweets, adly, mylikes dan yang lain-lain. Jadi saya memang rekomen ChurpChurp.

7 sebab kenapa saya rekomen ChurpChurp

1. Proses yang senang

Bila ada iklan baru, churpchurp akan hantar notification. Cuma tulis iklan berdasarkan guideline beserta keyword yang diberi. Bila approve automatic dapat duit. Senang tak?

2.  Exclusive untuk Malaysia dan Singapore

Maknanya ekslusif untuk kita lah tu.  Lagi senang dapat job lah kalau macam ni. Otai-otai kat US semua tak boleh join tau!

3. Approval rate yang tinggi

Berbanding dengan program lain seperti mylikes dan be-a-magpie, ChurpChurp mempunyai approval rate yang tinggi. Iklan saya di mylikes banyak yang kena reject berbanding accepted. Samalah macam di be-a-magpie. Tapi di churpchurp selalunya approved saje. Bila approved dapatlah duit. Itu yang suka lebih sikit kat churpchurp ni.

4.  Sangat sesuai untuk beginner buat duit twitter

Compare dengan program-program lain, churpchurp merupakan program yang saya rasa paling sesuai untuk yang baru berjinak-jinak buat duit twitter. Saya dah join banyak program buat duit , buat duit sponsoredtweets contohnya agak mencabar (Tapi ada tips ^_^ ) . Ni kira cakap dari pengalaman. Jadi sesiapa yang nak buat duit dari twitter anda mesti join churpchurp. Takde teknik-teknik rahsia diperlukan.

5 . Terbukti ramai cashout

Sebenarnya ramai yang dah berjaya cashout dari churpchurp ni. Saya dah dua kali cashout. Kawan saya phatalera dah 3 kali cashout. Bro denaihati agaknya dah berkali -kali cashout kot.  Ada juga yang tak cashout nak kumpul lagi banyak, kata mereka.

6. Boleh buat duit juga dengan facebook

Saya tahu ramai yang ada facebook kan? Sekarang ni bukan dengan twitter je, tapi dengan facebook pun boleh buat duit.  Double Delight untuk anda yang ada facebook dan juga twitter account. Lagi senanglah nak cashout nampaknya.

7.  Iklan dari syarikat-syarikat besar

Yang selalu mengiklan melalui churpchurp bukan syarikat-syarikat biasa, tapi syarikat besar. Saya ada dapat job dari Celcom, Astro, Maxis, MAS, Era.FM , Kalau keju Mesti Kraft dan banyak lagi. Kalau syarikat besar. Budget diorang besar. Kalau kat TV yang mahal tu pun diorang ada budget.  Apatah lagi online advertising. Jadi senanglah saya dan anda dapat job.

Macammana menarik tak 7 sebab kenapa kena join churpchurp ni. Senang bukan. Saya sangat sarankan untuk anda semua join. Ah! Mungkin anda tertanya-tanya, senang ke nak dapat RM100 ?

Okay ini yang saya dapat untuk satu iklan. Dengan follower dalam 3000.

Image Hosted by ImageShack.us

Pendapatan Job Pertama selepas cashout kali ke 2

Sambil-sambil grow kawan-kawan twitter, sambil-sambil pendapatan bertambah.  Pegi ke http://churpchurp.com untuk join.

Approvekan akaun twitter dan jangan lupa facebook anda juga untuk pendapatan maksima :) . Kalau ada apa-apa soalan jangan segan untuk bertanya saya di twitter @zulseffort

Semoga berjaya buat anda semua! :) sama- sama seronok bertweet, sama-sama dapat keuntungan.

Buat Duit Dengan Churp-Churp – Twitter juga Facebook

Pembaharuan ChurpChurp

Akhir-akhir ini saya tengok kebanyakan program-program buat duit twitter banyak membuat perubahan. Sponsoredtweets kini menambahkan cost-per-click ads. Adly melebarkan sayapnya ke Myspace dan twitter Application. Mylikes ada pertambahan untuk pengguna youtube. Manakala Churp-Churp pula melebarkan sayapnya ke facebook!

Hari ini agak heboh juga di twitter berkenaan perkara ini. Churp-Churp  juga muncul dengan penampilan baru yang lebih mesra , lebih mudah difahami.

Berikut adalah post terbaru di blog churpchurp.

ChurpChurp has been going through a major revamp process, now say hello to the new and improved ChurpChurp!

In our efforts to up the quality of our campaigns to cater to the needs of all our partners, it’s official that we are now venturing into various publishing platforms!

Love sharing about an upcoming event, or interact and discuss with your peers on the latest gadgets in town?

Do beyond social networking in cyberspace by making some ka-ching from your Facebook, Twitter and other social networking sites all these by simply sharing on them AND get rewarded!

Don’t worry, we won’t hijack your Facebook account and publish ads on our behalf (refer to F.A.Qs), Authorize both Facebook and Twitter in your ChurpChurp account  … sila ke post tersebut untuk makluman lanjut

Sebelum ini ramai juga yang sudah berjaya cashout daripada ChurpChurp. Namun begitu ada juga yang baru bermula. Ini sudah tentu merupakan berita baik buat anda para Churpers terutama yang baru bermula. Churpers yang ada akaun facebook kini sudah mula boleh menjana pendapatan tanpa perlu modal sebagaimana dalam login facebook dapat duit. Sambil anda berhibur bersosial di facebook sambil jana pendapatan. Sekurang-kurangnya ada juga hasil.

Kepada anda para churpers, good luck saya ucapkan. Semoga mendapat pendapatan berganda dari churp-churp.

Just wondering … Adakah churpchurp akan melebarkan sayapnya ke friendster dan myspace pula?  Buat duit twitter dan facebook bersama Churpchurp di  http://churpchurp.com

—————

p/s  Saya sudah delete akaun facebook. Setakat ini belum tertarik untuk kembali berfacebook.

Cashout ke-2 daripada @Churp2

Alhamdulillah dapat cashout dari churpchurp.

Untuk yang belum tahu, program ChurpChurp ni merupakan salah satu program buat duit dari twitter. Program ini merupakan salah satu daripada lima program third party advertisement kegemaran saya. Untuk cashout dari ChurpChurp kena kumpul earning sekurang-kurangnya RM100.

Cashout pertama pada 2 Jan 2010 , Cashout ke dua pada 5 July 2010 . Ini bermakna dapat RM100 dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah Rezeki…  Apa yang bestnya sebelum saya cashout saya ada hantar satu tweet dan mendapat response daripada kawan-kawan twitter.

Berkongsi kegembiraaan di twitter memang meyeronokkan… !

Kepada yang belum cashout, semoga cepat-cepat layak, kepada yang nak kumpul semoga dapat kumpul banyak-banyak.

————–

zuls – twitter memang menyeronokkan, dapat bertweet sambil buat duit.