Twitter SEO – Blogger Jangan Pandang Rendah

Jangan pandang rendah dengan twitter SEO. Itulah pelajaran yang saya belajar 2,3 hari lepas. Kalau post sebelum ni saya ceritakan pasal twitter pagerank. Kali ini pasal hasil carian pula. Ini kerana kemungkinan besar blog post kita yang berada di muka depan google kini diambil alih oleh twitter profile yang keyword rich.

 

keyword buat duit twitter

Ingat lagi tip penting untuk setting profil twitter?

Anggap post ini sebagai bukti tip yang diberi. Mengikut kajian, pembaca biasa fokus kepada 3 hasil carian pertama sahaja. Sebelum ke hasil carian yang selainnya.

zuls – dalam kesibukan, jadi post nya pendek sahaja ya..  Kalau nak kupas lanjut memang panjang.. :)

Buat Duit Twitter – Untuk Sendiri atau Untuk Orang?

Ramai yang sebenarnya sudah tahu akan perihal buat duit twitter ni. Lalu ramailah yang join program-program buat duit twitter , seperti churpchurp, be-a-magpie, sponsoredtweets, adfly dan lain-lain.

Ada juga yang menjadi spammer tegar, asyik-asyik tweet dari churpchurp je. Ada juga yang menggunakan teknik blackhat. Saya click awak punya, awak click saya punya. Sanggup hantar tweet pada setiap orang semata-mata nak main click-click.  Begitulah tegar mereka bekerja. Saya cuma mampu ucapkan tahniah sahaja kepada mereka-mereka ini.

Sebut pasal bekerja. Saya secara personal membahagikan penyertaan buat duit twitter ni kepada dua kategori. Kategori pertama ialah kita bekerja untuk orang.  Manakala kategori kedua ialah kita bekerja untuk diri sendiri. Dua-dua kita boleh dapat duit. Saya gunakan perkataan ‘bekerja’ kerana ia memerlukan untuk melakukan sesuatu.

Bekerja untuk orang

Continue reading

Ebook Duit Twitter oleh Wanmus [Review]

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada wanmus atas pelancaran ebook terbarunya, Jana Wang Percuma melalui twitter dan ChurpChurp. Buat duit dengan twitter sekarang sudah menjadi trend di Malaysia terutamanya selepas ramai yang dapat cashout dari ChurpChurp. Saya sendiri tengah menunggu cek yang ke tiga.

Dengan pelancaran ebook ini , saya menjangkakan ‘industri’ buat duit melalui twitter dikalangan twitterer Malaysia akan lebih meriah.

Saya sudahpun membaca ebook tersebut dan ini adalah review saya dan ada offer menarik kepada anda dihujung post.

Continue reading