Goojje melawan Google?


Pernah dengar pasal isu Google dan China? Pada pertengahan januari Google yang tidak bersetuju dengan polisi censorship kerajaan Cina, mengancam untuk mengangkat kaki dari China.

Jadi apa reaksi China?  China yang terkenal dengan kebolehan mereka meniru produk, kali ini membuat site yang seakan-akan Google.  Goojje namanya. Tengok logo kat sebelah,  hampir sama kan?  Goojje dibuat dengan memenuhi polisi censorship kerajaan China.

Google dalam bahasa cina bermaksud abang sulung , manakala Goojje bermaksud kakak sulung.  Google dah ada adik beradik lain ibu lain bapa.

Mungkin akan ada isu copyright dan patent yang akan menjejaskan operasi Goojje. Namun, isu ini menunjukkan kekuatan negara China. Tentu kawan-kawan tahu yang negara China diramal bakal menjadi satu kuasa besar ekonomi kan?

Oh. Ada cuba search “zulseffort.com” di Goojje.com

Aha! Tengok tu, blog ni diindex di Goojje.  Dalam result tu siap ada nilai Pagerank (PR) lagi.  Google PR atau Goojje PR?

Tadi ada borak-borak dengan kawan-kawan ofis pasal Goojje ni.  Seorang kawan bagi pendapat , “China memanglah  kuat bro, jumlah penduduk kat China pun dah separuh dari planet ni, China dah dikira satu panet lain dah! ”

zulseffort – [1] Ada sesiapa boleh translate tagline yang ada kat bawah logo Goojje?

WordPress blog tidak diindeks Google

Baru sahaja berpindah ke “rumah baru” sudah dapat satu lagi problem. Problemnya ialah post blog tidak diindeks oleh Google. Kalau post blog ni tidak dindeks oleh Google, macammana orang nak jumpa kan? Maka, sekarang ni tuan blog sibuk mencari penyelesaian.

Mula sedar yang blog ini tidak dikenal google apabila check trafik blog ni hanya datang dari referral hasil daripada commenting di blog kawan-kawan dan twitter sahaja, bukannya search engine. Untuk troubleshoot maka blog ni terus sahaja didaftarkan di Google Webmaster Tool. Rupa-rupanya ada masalah pada crawler. Setiap post yang dibuat tidak dapat di ‘crawl’ oleh Googlebot (google crawler).

Apabila check di Diagnostic>Crawl Error , keluar message ni.

URL restricted by robots.txt

Tak pernah dengar pun pasal robots.txt. Tapi nampak gaya powerlah file robots.txt ni boleh block – block pulak.

Continue reading