Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, seperti yang saya bagitau pada awal post, memang tajuk yang saya minat. Macam-macam boleh ditulis. Kalau bukan ada komitmen lain, setiap hari boleh tulis . Bercerita mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER memang seronok. Ianya berkaitan dengan impian, berkaitan dengan kehidupan, tambah pula bila 69 peserta lain turut berkongsi. Tahniah bro denaihati kerana tajuk yang memberi inspirasi.
Bercerita mengenai kehidupan blogger, memang banyak point menarik yang ada. Namun pada post ini, post wajib ke dua, saya cuma ingin berkongsi perkara yang saya rasa sangat penting untuk panduan saya sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca post ini.
Menulis mengenai kehidupan blogger memanglah menyeronokkan. Trafik yang tinggi, komen yang banyak, gaya hidup yang sempoi, duit masuk – kan seronok tu. Bila seronok kita mudah tenggelam dalam keseronokan. Ibarat percintaan sesetengah remaja, asyik bercinta , halal haram apa peduli, sampai terlanjur pun ada, dah terlanjur, termengandung pula, dah termengandung, malu pula, bayi yang tak berdosa pula dibuang begitu sahaja. Eh, Apa yang sampai ke situ pulak si Zul ni??
Sebenarnynya sama sahaja walaupun mungkinlah tak seteruk itu. Dengan blogging pun, seronok nak dapat trafik, lupa halal haram, semua main letak kat blog, terlanjur dalam penulisan, dapat duit blog buat beli makanan. Kalau hidup sebagai blogger lupa halal haram macammana dengan mati?
Pastinya blogger terdedah dengan fitnah. Kalau dulu mesyuarat tingkap dan tangga, sekarang ini pun ada juga. Post sebagai pemula, komen-komen sebagai “a ah la, betul kau cakap, aku sendiri pun ada nampak dia tu…. “. Kalau hidup membawa fitnah macammana dengan mati? Akhirat nanti bila dituntut cukup ke nak bayar?
Namun begitu apa yang kita buat ada peringkat-peringkatnya, buat dosa pun ada peringkat-peringkatnya, mula-mula konon menegur, kemudian mengata, lepas mengata dihebohkan pula, dah heboh bergaduh pula. Saya ada dengar dalam radio IKIM tempohari berkenaan dengan peringkat-peringkat buat salah. Jadi sebagai blogger kalau ada buat salah , kita berhenti sebelum parah.
Anda semua boleh ulas panjang lebar pasal ni, saya pasti semua orang sudah tau pasal halal haram, baik buruk. Cukuplah pendek sahaja. Biar pendek asal bermakna.
Menulis berhati-hati,
Tulisan lambang peribadi,
Cermin kepada diri,
Tanda buruk budi,
Tanda elok pekerti.
Bukan ustaz bukan mufti,
Bukan mengajar cuma berkongsi ,
Sama menjaga hati sendiri,
Yang hidup pasti mati,
Yang mati akan diadili.
Selamat menyambut hari-hari terkahir Ramadhan kali ini. Semoga kita untung tidak rugi. Sama-sama mencari Redha Ilahi.
* ini adalah scheduled post , ada @denaihatikat topik tu adalah sebagai cara untuk memberitahu beliau di twitter, yang post wajib ini sudah di publish.