Ah! Baru sahaja menyertai contest hidup seorang blogger dan mengumumkan tajuk pertama untuk panduan asas twitter. Nasib baik post Hidup seorang blogger tu dah siap, tinggal nak edit sikit dan auto-publish jer. Manakala post pertama panduan asas twitter – “Bagaimana menyediakan akaun twitter” terpaksa ditangguhkan mungkin sehingga selepas raya, sementara tu anda boleh tinggalkan soalan di bahagian post tersebut ya.
Saya baru sahaja terlibat dalam satu projek programming , dan pada masa yang sama ada report yang perlu disiapkan. Jadi masa saya akan betul-betul occupied. Mungkin saya akan ON twitter sekejap-sekejap sahaja untuk hilang tension , untuk menulis blog post, tak larat rasanya.
Apa nak buat inilah sebahagian hidup blogger part time , menulis kadang-kadang, kalau sibuk blog terus bersawang. Jadi pada post kali ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, selamat mencari Lailatul Qadar. Minta maaf kalau ada silap dan salah
.