MyID – Urusan Lagi Mudah

“PUTRAJAYA 18 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan MyID, satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan dengan agensi kerajaan.” – utusan malaysia 18 jan

Baca perenggan pertama berita ni pun saya dah rasa gembira.  Dengan hanya menggunakan nombor MyKad sahaja dah boleh berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.  Jadi lepas ini , tak perlulah lagi nak ingat kesemua nombor akaun dan no rujukan.

Hampir semua agensi kerajaan terlibat. Anda boleh download senarai agensi kerajaan yang menggunakan myID di sini. Banyak agensi terlibat.  Senarai tu pun setebal 128 muka surat.

myID

Ni saya letakkan contoh screenshot, column sebelah kiri menyenaraikan senarai agensi kerajaan manakala column kedua ialah senarai perkhidmatan yang ada sistem myID.

Oh! Dalam gembira tu ada juga ragu-ragu. Yalah, isu keselamatan kan?  Tapi selepas baca FAQ ini saya rasa sedikit lega.

Apabila MyID digunakan, adakah hanya ada satu (1) sahaja nombor rujukan bagi seseorang individu?

Ya. Hanya satu nombor rujukan sahaja iaitu nombor MyKad.

Namun begitu, bagi sesetengah perkhidmatan yang memerlukan tahap keselamatan, agensi boleh membuat pengesahan identiti individu tersebut sebagai semakan peringkat kedua (2nd level check) selepas MyID sebelum sesuatu maklumat atau semakan diberikan atau dibenarkan.

Hrm.. ada sesiapa yang dah ada pengalaman dengan 2nd level check ni?  Sila-silalah kongsi ye.

———

zulseffort – menyambut baik apa-apa yang memudahkan :)