Bila saya melawat blog-blog ada pelbagai gaya bahasa yang saya jumpa, ada yang sangat sempoi dan bersahaja, ada yang berbentuk fact and figures, ada yang gaya penulisan nya dalam gaya yang fun dan ada juga yang agak keras gaya penulisannya. Namun begitu ada satu gaya penulisan yang sangat suka saya baca. Iaitu ada elemen sastera, gaya bahasa yang cantik dan elemen falsafah yang melibatkan hati. seperti dalam blog abgreds dan kak jie . Saya bukan orang sastera. Saya main dengan komputer, litar elektronik, dan perkara teknikal. Hati saya tidak halus, kekuatan budi apatah lagi. Namun , mungkin disebabkan ada keinginan ke arah itu kadang-kadang timbul komen-komen dan tulisan saya yang cenderung ke arah itu. Anehnya timbulnya bukan pula dipaksa-paksa, lebih bercorak reaktif dan datangnya tersangat jarang. Itu saya, bagaimana dengan anda?
Salah satu komen saya disalah satu entri di blog ini :
Facebook?
Boss , rakan sekerja pun ada
Berkongsi gambar aktiviti segala
Ahli keluarga dan kawan lama
Kongsi berita duka gembira
Peluang bisnes pun nampak dimata
E-book berfacebook sudah dibaca
Asal FB hanyalah media
Medan bersua berkongsi idea
Taksub dengan bebasnya suara
Itulah barat dengan ideanya
Hate group banyak tidak mengapa
Privasi longgar bukan isunya
Sedang hamba orang biasa
Benci rasa Rasul dihina
Ampun maaf pohonan hamba
Andai hati diguris rasa
Tulisan hamba, tulisan biasa
Tulisan hamba, meluah rasa
Telah ditulis secara spontan, rasa sampai maksud walaupun taklah cantik mana gaya bahasanya. Ada potensi sastera tak agaknya? Bagaimana pula dengan anda?