Tag Archives: semangat kerjasama

Jadi Superman? Berpasukan Lebih Baik

Post kali ini adalah berkenaan dengan hidup berpasukan. Zulseffort.com tertarik berbicara dalam topik ini setelah membaca buku “Khalifah Ganti Superman” yang merupakan cenderahati dari denaihati.com. Buku ini memang terbaik! anda patut beli satu.

Antara yang menjadi masalah dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila kita tidak bergerak sebagai satu pasukan, sebaliknya ingin menjadi seperti Superman. Benar seperti kata buku tersebut, kita semakin hari semakin ingin menjadi terbaik dengan cara bersikap individualistik. Ibarat Superman, dialah hero, satu-satunya yang disanjung sebab dia mempunyai power yang luar biasa. Matanya mengeluarkan laser , boleh terbang diudara lebih laju dari burung dan kapal terbang.

Superman dalam dunia blogging pula macam tu juga. Dialah hero blogger, dialah blogger hebat orang lain tidak mampu menandingi dia. Sebagai hero dia tidak memerlukan pertolongan kecuali bila terkena Kriptonite. Hebatnya ibarat Superman. Semuanya dia buat sendiri tanpa pertolongan sesiapa.

Hidup Berpasukan lebih baik

Tapi betulkah ini cara terbaik?  Sebenarnya hidup berpasukan adalah lebih baik. Berpasukan ini tidak semestinya berada dalam satu organisasi rasmi. Tetapi mungkin dalam bentuk kerjasama strategik.

Blogger-blogger hebat mementingkan kerjasama berpasukan. Sebagai contohnya:

  1. Denaihati.com mempunyai pasukan sendiri yang beliau panggil sebagai Team Denaihati. Dengan adanya ahli pasukan seperti web programmer, eizil , widget Waktu Solat dan juga  versi beta plugin top retweeter dapat dihasilkan. Kerjasama dengan anarm pula memudahkan urusan header design.
  2. Ariffshah.com juga mempunyai team rakan-rakan sendiri yang membantu beliau dan perkembangan blog beliau contohnya dalam membantu beliau proofread entry untuk contest Famous Blogger dulu . Beliau yang merupakan salah seorang dari Rakan Strategik Denaihati juga kelihatan mempunyai kerjasama yang erat dengan blogger pelaburan Abang Ensem.
  3. Kujie2.com contohnya mempunyai network yang besar. Contohnya dalam post terbaru beliau, beliau ada ceritakan kepantasan response rakan blogging beliau dalam menyelesaikan masalah theme blog kujie2.com. Itu cuma salah satu contoh, boleh layari blog beliau untuk tengok kekuatan network blog kujie2.com.
  4. Zulseffort sendiri baru-baru ini berjaya terpilih ke final contest Gadget Impian Denaihati bukan kerana Zulseffort ni hebat, tapi lebih kepada kerja berpasukan. Entri penyertaan Zulseffort berjaya mendapat jumlah like dan komen yang banyak hasil kerjasama dengan YanmieOnline.com , mendapat jumlah retweet yang agak banyak hasil kerjasama dengan Paihujey.com dan Yiedpozi.com. Mendapat Google Plus count yang agak tinggi pun hasil bantuan orang lain juga.

Kalau nak bagi contoh yang lagi hebat, boleh tengok Nabi Muhammad dan para Sahabat. Kaum Muhajirin dan Ansar.

Sebenarnya kita manusia ini lemah bukan tau semua benda. Kalau pun kita tau banyak benda, kita cuma ada masa 24 jam sehari. Tolak masa tidur, tolak masa ibadat, makan, minum berapa sangatlah masa tinggal. Larat nak buat semua? Kalau larat tahniah! Anda seorang Superman! Saya pula lebih memilih untuk berpasukan.

Kalau sesiapa yang sudah bekerja, tentu tahu yang dalam pekerjaan kita sebenarnya pasti ada sekurang-kurangnya yang sukakan watak Superman. Dialah hero dialah harapan sehingga kadang-kadang idea orang lain juga ditolak. Namun begitu yang paling tidak best ialah apabila kita dipaksa menjadi hero. Saya kadang-kadang tidak suka menghadiri mesyuarat kerana apabila kita mencadangkan sesuatu idea yang bernas, kadang-kadang kita yang kena champion dan execute idea tersebut berseorangan atas alasan untuk menaikkan nama kita dimata management (macam superman) , padahal ada sesetengah komponen dalam idea tersebut boleh dibuat oleh ahli pasukan lain dengan lebih cepat. Kalau bekerjasama kan lebih elok! Janji kerja siap dan siap dengan cemerlang.