#yorais – dalam post yang lepas ada saya kongsi pasal hashtag tersebut. Sekarang mari kita lihat apa sebenarnya yang dikatakan oleh pemimpin kita ni, lupakan pasal salah beliau yang kecil. Dalam pada para twitterer make joke pasal kenyataan beliau, tidak adil rasanya kalau kita tidak mengambil iktibar daripada apa yang beliau cuba sampaikan.
Lupakan sekejap perbezaan fahaman politik. Mesej yang beliau cuba sampaikan cukup senang. Iaitu jatidiri adab budaya rakyat 1Malaysia. Saya pada mulanya tak endah sangat tentang apa yang beliau cuba sampaikan, takkanlah pengguna Internet sampai begitu teruk – fikir saya.
Tapi sangkaan saya meleset selepas melawat blog luthtextile – isu menghina Almarhum Sultan Iskandar . Memang susah nak percaya, tapi ada orang yang tidak ada perasaan dan kurang adab. Nampaknya apa yang menjadi kebimbangan Dato’ Sri Rais Yatim sememangnya betul-betul berlaku.

Jelas ! Ini bukan budaya kita rakyat Malaysia terutamanya kita orang Melayu yang beragama Islam. Nak kritik-kritiklah, ayat mesti mau jaga. Kita bukan hidup dibarat, dengan budaya kutuk mengutuk sesuka hati. Kita ada agama dan adab sopan. Agaknya inilah contoh budaya tak elok yang dikatakan oleh Rais Yatim.
Bukan sahaja blog , ada juga yang video youtube menghina AlMarhum Sultan. Memang menyedihkan. Pandai Internet, tahu menulis, pandai edit video, tapi disalahguna.

Walaupun begitu saya percaya hanya segelinitir pengguna Internet yang tak bertanggungjawab. Ramai lagi yang concern dan tak suka pada benda-benda takde budaya macam ni. Sebab itulah wujudnya facebook group menentang penghinaan terhadap Almarhum Sultan.
Ohh.. malam tadi cuba juga cari post kurang ajar tersebut, tetapi post tersebut sudah dipadam.
Apa-apa pun ini sudah jadi kes yang besar, manalah blogger tersebut nak sorok muka.
——–
zulseffort – [1] gambar-gambar semuanya saya ambil dari blog luthtextile. [2] Saya tak kenal siapa Aduka Teruna ni, malas juga nak buang masa cari info pasal beliau, biarlah pihak berwajib yang ambil tindakan sewajarnya.