Tahun Baru Blog Baru

selamatdatang

Bismillah, sempena tahun baru 2010  ini saya dengan rasminya membuka blog ini ke persada dunia maya. Tahun Baru Blog Baru!

Tentang Pemilik

Terlebih dahulu eloklah saya kenalkan diri saya. Saya digelar Zul atau Zuls. Sajer tambah ‘s’ kat belakang sebab ramai sangat yang bernama Zul.  lebih dikenali dengan nama @zulseffort di twitter. Url blog ini Zulseffort.com, sama dengan nama yang diguna di twitter.  Sama jugalah dengan Yahoo ID.  Branding bak kata orang.

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapalah zulseffort.

Agak-agak kenapa ye?

Sebabnya senang sahaja. Zul tu nama panggilan saya, Effort tu maknanya usaha. Usaha apa? Saya pun dah tak ingat tapi yang penting kena usahalah kalau nak mencapai impian atau cita-cita. Teringin juga nak ikut kata orang-orang tua cerdik pandai,  usaha sebagai tanda kehambaan. (Harap-harap gitulah.. ).

Tentang  blog

Sebenarnya blog ini adalah kesinambungan daripada blog di platform blogspot: Zul’s Blog. Di blog lama banyak bercerita pasal twitter dan buat duit twitter,  menyertai contest, pasal blog, kadang-kadang ada selit-selit isu semasa, dan macam-macam lagi yang terfikir untuk ditulis.

Asalnya saya cadang blog ni nak ditulis dalam Bahasa Inggeris, GLOBAL gitu… ! Tetapi fikir-fikir balik tak payahlah kot. Mungkin akan buat blog lain yang lagi ‘niche’ dalam Bahasa Inggeris (BI). Jadi bahasa utama di blog ini ialah Bahasa Melayu (BM). Lagipun best apa menulis dalam BM ni.

Tentang Feedback

Saya menghargai maklumbalas para pelawat blog ini.  Kalau ada apa-apa entry yang menarik hati teman-teman , yang tak kena dengan prinsip atau yang ada silap dan salah , boleh saja di komen.  Selain tu,  saya bolehlah dihubungi melalui twitter saya @zulseffort.  Saya masih setahun jagung di arena blogging ni.  Jadi harap juga tunjuk ajar dari teman-teman.

Tanpa anda siapalah saya..

Terima kasih atas sokongan anda semua.

Selamat tahun baru 2010 & selamat maju jaya kepada anda semua!

Recent Related Posts

22 thoughts on “Tahun Baru Blog Baru

  1. Tahniah dengan kehadiran blog dengan domain tersendiri. Ini permulaan yg sangat baik untuk 2010. Pandangan aku kekalkan blogspot dengan Twitter dan blog ini jadikan master untuk semua blog yg tuan ada. Blog ini juga boleh dijadikan sumber untuk buat duit dengan kaedah online yg lain. Selamat tahun baru dan selamat berjaya.
    .-= denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang =-.

    • hahaha… terima kasih. Tak import.. restart fresh . Mungkin akan rewrite balik mana-mana post/response menarik dari sana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge