Terima Kasih Kepada Yang Menyokong

Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan zulseffort.com untuk contest Gadget Impian Denaihati. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa anda yang sangat berharga. Ada yang tidak segan silu mengomen setiap masa terluang sampai habis idea. Ada yang pantang nampak saya mintak tolong retweet, terus sahaja retweet. Ada yang like setiap hari. Ada yang share linkedin setiap hari. Ada juga yang share tips dan trick untuk dapatkan banyak markah. Anda semua adalah yang terbest antara yang terbest!

Dalam contest saya minta tolong ramaaaaai orang, ada yang sudi menolong dan ramai juga yang tidak sudi . Kepada yang menolong saya, saya ucapkan sekali lagi ribuaaaan terima kasih.  Doakan agar saya menang contest ini. Saya juga doakan semoga anda juga mendapat kejayaan dalam setiap yang anda buat.

InsyaAllah Jumaat dan Sabtu saya akan mengumumkan dan melunaskan hutang :

  1. Umumkan Pemenang Contest Copy Paste dan Menang USD5x2 dan juga Cabutan bertuah komen dan menang USD2x5.
  2. Email Ebook Black Hat SEO kepada yang layak jika anda belum lagi mendapatnya.
  3. Email 3 Ebook Percuma Pembangunan Diri berbahasa Inggeris kepada yang belum dapat.
  4. Email Ebook Twitter Tornado kepada yang menyahut cabaran @zulseffortdi twitter pada malam last.
  5. Akan menjawab soalan bagi subscriber yang menyahut cabaran 300 komen. Ya, yang ini untuk subscriber mailing list sahaja. Kalau anda bukan subscriber anda memang tak tau pasal offer ni.

Zulseffort.com mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada yang menyokong. Sekarang sama-sama tunggu sahaja samaada zulseffort.com dapat menang atau tidak.

Terima kasih daun keladi, nanti bolehlah minta tolong lagi, jangan serik untuk tolong ya, tolong menolongkan amalan mulia.. :)

6 responses

Leave a Reply