Teringin beli perabot jualan murah – Hidup Seorang Blogger

Kadang-kadang dalam hidup ni kita ingin merasa hasil daripada apa yang kita buat. Saya sudah setahun hidup sebagai seorang blogger “jarang-jarang” dan baru sahaja berjinak-jinak dengan program buat duit twitter.

Adalah dapat sikit income dari twitter, dari blog? Ada sebelum ni dengan cara menang contestlah. Sekarang ni Hidup seorang blogger contest pula, kalau menanglah hehe <mimpi jap! haha> . Kalau betul-betul ikut income dari blog mungkin takdelah buat masa ni. Kalau dari twitter Alhamdulillah, adalah rezeki sikit-sikit.

Biasanya duit online memang habis untuk perkara online sahaja, advertising, beli ebook, renew domain di jomhosting dan godaddy, sewa hosting dan perkara-perkara yang berkaitan. Biasanya dapat jer duit saya akan start cari ebook untuk dibeli, start nak test advertising dan sebagainya. Kais pagi makan pagi. Ada rezeki terus beli.

Tengok pada post kak yanmie, terdetik juga kat hati, nak beli benda yang boleh dipegang, boleh diguna pakai, boleh dibawa kemana-mana, boleh di drive dengan bergaya, boleh didiami (haha.. cita-cita harus besar!) , walaupun sekarang ni setakat lepas beli ebook je, dan maintain domain dan hosting je.

* Ah! Zul berhenti !  Balik kepada realiti ..

Target saya sekarang ni tak besar, nak target beli meja, beli rak buku, beli kerusi yang best sikit guna hasil dari blog dan twitter, barulah hidup sebagai blogger dan twitterer lebih bermakna. Beli perabot untuk tempat buat kerja – mesti semangat ! Eh?  Tak lupa juga beli hadiah untuk orang tersayang. Alah perabot bukan yang mahal-mahal pun, yang jualan murah  pun okay. Yang kat NAZA, bangi pun menarik juga. Sebelum ni pernah beli kat cavenzi bukan hasil dari duit twitter atau blog. Sebut pasal jualan murah dengar cerita jualan murah ni SCAM. Nak kena hati-hati juga. Sebut pasal cavenzi banyak orang kata cavenzi ni problem!

* Ini adalah scheduled post, komen akan dijawab bila free :)  

4 thoughts on “Teringin beli perabot jualan murah – Hidup Seorang Blogger

      • slm..sy bru je berjinak2 nk bli perabot sndri..lps puas survey td sekitar bangi dan hentian kjng semua nya yg mhl2 je..mna nk cri perabot esp sofa L shape or sofa 2 0r 3 seat (bkn set) dan meja tv yg simple, rendah dan berlaci yg murah sekitar bandar baru bangi or kajang or mana2 tmpt berhampiran sbb dah puas cari tak jmp..sedey nyer..

        • salam, dulu saya beli sofa kat cavenzi, nak kata tahan sangat tu taklah, tapi ok jugaklah.. dah setahun lebih pakai masih ok. Kat kajang ada satu cavenzi. Kat bangi pun ada satu cawangan. Satu lagi kalau nak perabot murah, saya nampak macam ada di seksyen 7, tepi restoran belauk. Seksyen 7 bangi ni yang ada JPJ bangi tu. Diorang macam jual murah-murah je. Cuba tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge