Buat pertandingan twitter merupakan salah satu cara yang baik untuk memeriahkan suasana pada masa sama naikkan trafik ke blog dan menambahkan follower twitter (atau buat duit kalau mau). Ada banyak variasi twitter contest ni, ada yang tweet sekali, ada yang kena tweet banyak kali, ada yang kena bagi tweet paling kreatif , tweet paling romantis dan macam-macam lagi. Bergantung kepada kreativiti anda pihak penganjur.
Tetapi persoalannya begaimanakah caranya untuk Monitor Tweet Contest ni? Kalau terlepas satu tweet memang tak adil contest tersebut. Jadi kali ini saya kongsikan tip untuk tracking contest tweet.
5 Tip Bagaimana cara monitor contest twitter
1. Tinggalkan Komen di Blog
Cara yang biasa dipakai sudah tentu ialah dengan cara meninggalkan komen di blog dimana peserta mengesahkan penyertaan mereka, boleh juga minta peserta sertakan sekali url tweet yang ditulis.

2. Sertakan Hashtag dan Monitor Hashtag
Biasanya setiap tweet mestilah disertai dengan hashtag contohnya seperti contest yang dianjurkan oleh brader Jaws kita. Dengan adanya hashtag lebih mudah untuk kita monitor. Klik sahaja pada Hashtag tersebut untuk melihat senarai tweet yang ada.

3. Senaraikan Peserta di Twiter List
Senaraikan setiap peserta contesr di twitter list yang khas dan monitor list tersebut. Monitor list lebih menjimatkan masa berbanding dengan tengok semua tweet yang ada di homefeed. Dengan menyenaraikan di list, peserta juga akan rasa lebih dihargai. Bagi organizer, senang untuk hubungi mereka jika ada contest lagi dimasa hadapan.

4. Menggunakan Fungsi Favourite
Dengan menggunakan fungsi favorite kita tidak akan terlepas setiap tweet para peserta. Selain untuk tujuan simpan tweet, dengan menggunakan fungsi favorite juga boleh membantu kita dalam proses mencari pemenang. Contohnya kalau kita buat contest untuk creative tweet, kita menyisihkan tweet yang kurang kreatif dengan cara un favourite.

5. Simpan Rekod Dengan Printscreen
Walaupun Tip 1 – 4 memang nampak mudah. Namun harus diingat kadang-kadang twitter ni boleh down juga. Jadi elok simpan rekod di tempat yang sesuai. Print screen adalah cara yang paling mudah.

Jadi itu dia 5 tip bagaimana monitor tweet dan menang contest yang saya dapat kongsi kongsikan. Jika anda ada tip-tip yang lain bolehlah kongsikan dibahagian komen. Gembira dapat membantu anda. Di jemput juga follow @zulseffort .
itu la, baru aku tahu fungsi sbnr hashtag
x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
@x-po , untuk event memang sesuai pakai hashtag
segalanya di hootsuite.. terbaik! hehee
Anarm´s last [type] ..Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan 2010
@anarm a’ah lupa lak nak cadangkan guna hootsuite.. tip ke 6
geng-geng hootsuite ni.. aku masih lagi terkial-kial memahami hootsuite.. sekarang ni masih gunakan tweetdeck.. hehe
mrnamie´s last [type] ..Remaja sekolah yang melampau
@mrnamie, takpe dulu saya pun pakai tweetdeck
sempoi kan? hohoho nantila, tak ada rancangan nak buat kontes bt masa terdekat
@luthtextile , memang senang nak buat .. takpe.. tak buat contest boleh join contest..
Pingback: Tweets that mention Tip Bagaimana Monitor Contest Twitter | zulseffort.com -- Topsy.com
wa..entry yg bagus..
patut kau buat masa sebelum aku buat contest..
leh gak aku follow..
haha..
papepun thanks jadikan contest aku sebagai reference..
@Jaws haha.. takper tak terlambat lagi nak pakai tip kat atas tu.. kecuali part tambah link kat komen je tu
kalau nk buat kontest,kne ade bajet,sy xde bajet..uhuhuhu
@apiih.. nak buat contest tak semestinya ada budget, boleh bagi hadiah lain contoh : retweet blog setiap hari.. , review blog pemenang, review akaun twitter.. dan sebagainya lagi..
owhhhh cmtuh!!! hahahhaa
noob hai aku bab bab mende cmni
hehe.. kalau dah buat contest nanti bg taulah ye.. kalau sempat boleh join
eh eh ade i la. hahaha
letak link status pun boleh kan
a’ah boleh juga.. macam dalam tip no 1