Tip Blogging terbaik cara orang ‘malas’

Tip Blogging Terbaik cara orang malas ini dibuat kerana umum tau, blogging memang memenatkan. Banyak sangat benda untuk dibuat. Update blog, tweak layout blog, promosi blogpost, ping sana-sini dan sebagainya lagi. Itu belum termasuk lagi dengan permainan SEO yang selalu berubah. Seolah-olah anda kena betul-betul rajin untuk berblog. Kalau saya tau macam ni dulu, mungkin saya tidak mula berblogging. Haha.

Namun begitu, ada cara blogging blogging untuk orang ‘malas’.

Iaitu dengan cara-cara berikut:

1. Autoblogging – blog secara automatik di update dengan menggunakan autoblog. Kalau kena banned dengan google tu memang nasiblah. Autoblog pernah popular, namun menjunam selepas google mula memberi hukuman kepada blog yang duplicate.

4. Copy Paste -  Teknik yang popular ini banyak dibuat juga. Cara yang paling mudah ialah copy artikel orang letak kat blog sendiri. Terbaik kan?

3. Patch Writing – Ianya bukan copy paste tetapi lebih kepada copy sana-sini kemudian tweak sedikit menjadi content kita. Ramai yang guna cara ni, tetapi sayangnya kredit tidak diberikan kepada sumber maklumat.

4. Google Translate – Ini satu lagi teknik yang digunapakai oleh orang tempatan kita, jumpa artikel terbaik daripada website berbahasa Inggeris, guna google translate kepada bahasa Melayu dan post.

Okay gurau sahaja. Point di atas BUKAN blogging cara orang ‘malas’ yang saya maksudkan walaupun ada segelintir blogger yang berbuat begitu.

Blogging cara orang malas yang saya maksudkan ialah dengan cara:

1. Outsourcing iaitu mengupah orang untuk melakukan kerja berkaitan blog. Banyak benda dalam blogging yang boleh di upah. Menulis post, mempromosi post, membuat kerja-kerja SEO, membuat layout blog. Semuanya boleh diupah. Sekaran ini sudah banyak program-program microworkers yang boleh digunapakai untuk mengupah orang. Murah sahaja.

2. Menggunakan tool iaitu dengan mengautomasikan kerja-kerja yang boleh diautomasikan  Antara tool yang popular yang digunakan ialah tool berkaitan SEO. Mass ping, mass indexer sebagai contohnya. Orang yang malas memerlukan tool ini untuk menjimatkan masa. Kalau dapat tool yang ada satu butang untuk klik, itu lagilah terbaik.

3. Beli blog orang lain – nak buat blog baru memang banyak kerja. Apa kata beli sahaja blog orang lain. Blog berpagerank 3 dan ke atas. Selepas tu guna teknik outsourcing dan tool di atas.

p.s Dalam mood malas , post tiada bergambar dan tidak seo optimize. Tips Blogging Terbaik kan?


21 thoughts on “Tip Blogging terbaik cara orang ‘malas’

    • rugi tutup blog, kalau dah malas sangat, berhenti sekejap.. buat balik bila rajin.

      Teknik blogger ‘malas’, sebenarnya sangat sesuai untuk orang sibuk. Sebenarnya ramai Internet Marketer dan Make Money Blogger yang guna teknik ‘malas’.

  1. Pingback: Ikan Kecil Untuk Ikan Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge