Walaupun LCW kalah di set terakhir, saya langsung tidak berasa kecewa malah usaha jaguh badminton tersebut memberikan inspirasi kepada saya. Saya rasa ramai yang menonton pertandingan sengit tersebut turut merasa sama seperti yang saya rasa.
Terbakar juga rasa hati bila terbaca blog post di blog denaihati apabila usaha Wira Badminton Negara di politikkan.
Namun begitu pagi ini rasa begitu gembira apabila ramai yang turun ke KLIA untuk menyambut pemain badminton negara tersebut. Usaha jaguh badminton tersebut sememangnya memberi insipirasi kepada Rakyat Malaysia.
Bolehlah ikuti hashtag #TwtUpChongWei di twitter untuk gambar dan tweet berapa ramai yang menyambut ketibaan beliau. Datuk LCW sememangnya awesome , tak lupa juga Twitter komuniti Malaysia, korang pun awesome juga!
Dear Malaysians, let’s show Chong Wei what his effort meant to us. Turun KLIA for
#TwtupChongWei. Follow the hashtag for more details— Inbaraj™ (@INBARAJS) August 5, 2012
p.s saya pernah mengalami kegagalan dalam hidup saya, saya tahu peritnya gagal. Tapi percayalah apabila kita berusaha bersungguh-sungguh, kita sebenarnya adalah pemenang walaupun keputusan, dan segelintir mengatakan sebaliknya.
game final olimpik kali ni memang sengit, bukan rezeki DLCW dan rakyat Malaysia untuk Emas kot…
azriMy´s last [type] ..FB Sebenar Najwa Latif
betul tu, memang permainan set ke tiga tu cantik dan memang betul-betul fight. Belum sampai rezeki lagi tu.
memang sengit, tapi aku lbih suka pada aksi game 3….dua jaguh menunjukan taring sebenar dlm game ke-3 huh..bukan rejeki la namanya kan..:)
budak felda´s last [type] ..EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
memang bukan rezeki lah tu.. dah cuba sedaya upaya. Lin Dan pun bukan calang-calang.