Semalam saya balik kerja awal atas kebenaran bos, Sampai tanjung Malim dalam pukul 5.30 petang selepas 1 jam Setengah perjalanan. Janji dengan my wife untuk ke pasar Ramadhan Tg Malim. Sampai di rumah, masing-masing sibuk bercerita pasal Ribut kencang di tg Malim.
Ingatkan ribut biasa jer, bila pegi pasar Ramadhan Tg Malim, barulah tahu teruk rupanya. Dengan tiangnya bengkok, dan ada kain kanvas khemah yang koyak. Ada lebih kurang 3 atau 4 sahaja yang tinggal. Peniaga pasar Ramadhan kebanyakannya membuka gerai di kaki lima bangunan berhampiran dan ada juga yang menggunakan khemah ( payung penjaja) sendiri. Teruk rupanya. Ingatkan ribut biasa. Patutlah heboh bercerita.
Nasib baiklah ribut berlaku pada lebih kurang pukul 2.30 petang , 3 petang gitu, saya rasa kalau berlaku pada waktu Bazar Ramadhan, tentu parah. Boleh maut kalau tengokkan kesan daripada ribut tu. Rasanya tiada kemalangan nyawa berlaku. Tapi tak taulah, sebab peniaga-peniaga pun tak heboh bercerita. Untuk mengetahui pasal ribut kuat tak kuat, pagi ni search youtube dah ada orang upload.
Tengoklah angin tuu.. dan tengok pula khemah-khemah yang dilanda ribut. Waktu saya kat pasar Ramadhan tu khemah, khemah yang terbalik tu dah dibetulkan tak seteruk dalam video tu. Balik dari pasar Ramadhan malam tadi heboh lagi kami bercerita pasal pasar ribut tu.
Hari tu kat Jasin sekarang kat Tg Malim pula. Adakah ini bala atau sekadar bencana alam biasa. Wallahu a’lam.
speechless..mmg Allah nak turunkan kat bazaar kot..tp belum pasti kenapa..Allah sahaja yang tahu T__T
ChuyRy´s last [type] ..Bulan Puasa Ada Toyol Jugak Rupanya
Itulah, tentu ada pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.. Wallahua’lam
if xsalah bro.. time nie bro tengah drive dari Tg malim balik ke KL…
bro drive kat highway pun slow2 coz xnmpka kenderaan kat depan…
xsangka pulak ribut tahap cam nie…
Bro Framestone´s last [type] ..Post Moterm Gathering GengBlogger @ Shah Alam 2010
Memang tak sangka kan? nasib baik saya balik lewat sikit sebab ada kerja, kalau tak tentu perlahan gak nak sampai tanjung malim semalam.
Pingback: Tweets that mention Ribut di Pasar Ramadhan Tg Malim | zulseffort.com -- Topsy.com
ini mungkin peringatan awal dari Allah kepada negara ini.
terlalu banyak kemungkaran.
Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan yang Engkau redhai,
supaya aku tak tersesat lagi.
itulah, apa lah yang tak kena sekarang ni, yang bulan puasa ni Ribut di Bazaar Ramadhan pulak tu.
salam ziarah..akak minta izin ambil video ni yer, nak share kat blog akak. akak bagi link.tq
salam ziarah, Sila-sila saya pun ambil video ni dari youtube kak ina
, bukan milik saya pun sebenarnya…
Selalu saya mendengar rakan2 saya merungut mengatakan harga2 di bazaar ramadhan sekarang ni tinggi menggunung sedangkan makanan yang dijual tak seberapa.. Dalam beberapa rakan2 yang merungut tu,ada dua tiga yang terlepas cakap selalunya, “kalau Allah turunkan bala kat dorg ni,padan muka,dahla sikit,mahal pastu menyombong je,org tanya tak nak jawab baik2″.. Itu baru rakan2 saya,orang2 lain yang tak puas hati atau berkata2 begitu belum tahu lagi.. Dan seperti kita sedia maklum,kata2 itu suatu doa..
Tapi ini cuma tanggapan saya saja. Mungkin ada banyak faktor2 lain yang menyebabkan banyak kerosakan dan kecelakaan di Ramadhan tahun ni..
Bella Enveeus´s last [type] ..HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!
bro pulak xsangka sampai tahap cam nie..
ingatkan hujan-hujan biasa je…
alhamdulillah xde bad thing happen pad bro sepanjang perjalanan
Bro Framestone´s last [type] ..Post Moterm Gathering GengBlogger @ Shah Alam 2010