zulseffort direhatkan

Post ini cuma untuk memberitahu anda semua yang zulseffort.com sekarang ini akan berehat buat seketika daripada sebarang update. Sebenarnya banyak post draft yang sudah ada , tetapi biarlah saya simpan dulu.

Kenapa zuls?

  1. Zulseffort.com terpaksa berehat seketika disebabkan kejadian post dan komen hilang. Selagi belum berpindah ke tempat yang lagi stabil,  tidak sedap hati rasanya untuk menulis.
  2. Kebetulan saya memang tengah sibuk dengan kerja yang sentiasa banyak  mungkin proses berpindah ke server baru akan mengambil masa. Walaupun boleh backup sendiri, ada kalanya saya tidak dapat berada di depan komputer terutamanya pada hujung minggu. Takut-takut server format waktu saya tiada.

Berapa lama rehat?

Memandangkan situasi kerja, hosting, dan personal sekarang ni, blog ini akan berehat agak lama. Mungkin sehingga April.  Saya tak berani janji.

Antara post yang wajib publish selepas rehat nanti ialah:

  1. Niche Twittering [repost] – artikel ini berjaya diselamatkan daripada kes hilang post, melalui cache google
  2. Komen-komen yang hilang – sebagai penghargaan kepada komen-komen hebat di blog ini,  komen-komen yang ada di email akan dipublish balik dalam bentuk post. (Komen-komen yang ada diblog ini sebenarnya ada salinan kat email saya dihantar secara automatik oleh wordpress)

——————-

zulseffort - buat sementara waktu, saya cuma akan backup blog ini sekerap yang mungkin bila ada komen baru. Semoga komen-komen yang ada tidak hilang.


8 thoughts on “zulseffort direhatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge